Saturday, 20 August 2022

Hujung minggu..

Makan di luar rumah...


Simple saje tapi makan bertambah2 masing2. Sup tulang semalam saya tambah lagi supnya. Beli ayam goreng seringgit juga. 

Sedang makan tengok awan mendung. Tak lama angin kuat disertai hujan. Sejuknya macam ekon. Makin sedap makan walaupun ribut melanda. Lepas makan anak2 nak main kolam. Layan sajelah. Tiap minit adalah bermain. 

Samalah macam kita dulu2. Bezanya dulu main sampai tepi parit jauh dari umah. Tapi zaman sekarang tak boleh dah macam itu. Risau dengan manusia yang jahat tak boleh dihidu.  Semoga Allah melindungi kita semua dan anak2 dari mudarat manusia yang jahat. 

-----

Rindukan Jordan

Ye teramat rindu bumi Jordan. Angin salju di sana. Banyak kali hati sesak dihimpit kenangan. Tahun depan atau selepasnya yakin akan ke sana.  Mahu ditinggalkan dan pergi berdua dengan suami rasa tak sampai hati. Jadi perlu mengumpul dengan sebanyaknya untuk ke sana bersama semua. Ya Allah permudahkanlah road to Jordan. Murahkanlah rezeki kami ke sana. Amiin. 



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...