Thursday, 25 May 2023

Nak jadi selfish jugaklah!

Sebelum terlupa kos servis expander RM314 untuk 20 000km. Dalam masa sejam settle alhamdulillah. Tapi suami kata Alyan nakal sungguh. Halaa molek pulak main kat service centre sambil menunggu siap.


Oklah, tajuk kat atas tu adalah merujuk kepada diri sendiri. Dah sampai masa jugak untuk selfish. Cukuplah kot pegang jawatan sebagai kpp setelah menghampiri dua tahun memikul tanggungjawab. Orang lain boleh selfish saya pun kena selfish jugaklah kan! 

Sepanjang jadi kpp sakit kepala saya makin bertambah. Mata makin teruk rabunnya. Lelah semput dah mula datang. Jawatan kpp ni macam satu torture. 24 jam kena bersiap sedia padahal elaunnya RM600 shj. Tugas hakiki mengajar, menulis semua jadi sampingan padahal yang itu gaji utama dibayar.

Orang nak jadi kpp sepatutnya dimudahkan ini tidak, ditambah beban. Alasan dah dapat elaun. Tak boleh nak kata apalah. Nanti orang cakap tak bersyukur.

Sakit kepala nak handle ahli yang 16 orang ni dgn macam peel dan ragam. Nak tambah term jadi kpp? Big NO. Maasalamah. Dengan bermacam urusan pelajar. Urusan dengan atasan dan staf pentadbiran. 2 tahun cukuplah. Jangan lebih.

Ada orang dia tengok orang lain macam xde masalah. Dia rasa dia shj yang ada masalah. Padahal dia yang tak tahu urus masalah dan rasa dia saje yang ada masalah dalam dunia ni!




Friday, 19 May 2023

Jamu rakan yang datang beraya...

Sempena Aidilfitri kali ni rakan-rakan pejabat yang berhasrat nak datang ke rumah beraya, saya kumpulkan pada satu hari. Memudahkan proses memasak dan menjamu sekaligus.

Kalau datang tanpa makluman awal memang air oren jelah jadi hidangan. Ralat pulak tapi tak larat nak berkejar-kejar memasak adhoc. Bukan style orang dulu-dulu, bila tetamu datang gigih masak nasi putih, lauk pauk. Tetamu pulak sabar menunggu. Bagus kan orang dulu-dulu.

Sekitar jamuan tapi bukan open house sebab tertutup untuk rakan pejabat yang sebut dan hint nak datang ke rumah shj haha. Anak kedua excited sungguh bila sebut nak buat open house, abis dicanang pada semua orang yang dia jumpa adoilah. Kalau tahu kepoh sangat mulutnya, patut tak sebut open house, kena sebut orang nak datang beraya..sebut open house sebab penat nak explain panjang lebar haha..itupun boleh dia salah faham open house ni kita gi rumah orang ke orang gi rumah kita, dia tak nampak agaknya ummi gigih masak nasi maqlubah dan menyusun hidangan..😆



Order mee kari untuk 20 orang makan RM120. Kek coklat dnalicious RM30 dan kek batik Nutella RM60.




Susun kerusi..





Di luar rumah...

Dalam 4 rakan je yang hadir semalam bersama keluarga. Kti lambat sikit sampai sebab ada jamuan di rumah abgnya.

Ok, petangnya amik tempahan nasi arab di Taiba untuk mak jamu ustaz di rumah mak. Walaupun penat tapi demi mak sanggupkan diri. Kakak sekeluarga pun ada di rumah mak. Jadi makan2 besar family pulak malam tadi bersama tetamu mak dan abah...


Seronok betul Syawal kali ni. Makan sana sini. Alhamdulillah atad segala nikmat biar tak mewah tapi cukup dan sempurna.

Thursday, 18 May 2023

Jamuan raya dalam UniSZA

Jamuan raya FKI

Tenang je rasa sebab tak berebut dan banyak makanan.

Jamuan raya FUPL, SPAQM dan PAKAT..

Jamuan raya UniSZA tak sempat makan sebab banyak habis huhu.



Tuesday, 16 May 2023

Dalam hidup ini..


Dalam tak sedar dan sedar, ketahuilah orang yang kita rasa paling dekat itulah kadang kala yang paling banyak mengguriskan hati..

Biar masa yang menentukan..masa yang merawat...di syurga nanti bisa memilih apa sahaja yang kita suka, siapa sahaja yang kita mahukan...harapnya..

Kadang rasa nak travel jauh dari bumi Malaysia..tinggalkan segala di sini..andai aku kaya (teringat sebuah lagu), kan kubawa anak-anak merasa nikmatnya berjalan di bumi Tuhan di usia muda...

Angan2 yang tidak pasti..hanya mampu mengelamun...

Kadang rasa hilang suka dengan apa yang ada...rasa bosan..ingin pergi jauhhh..mulakan sesuatu yg baru..mengajar bahasa Arab bukan lagi satu passion.. entahlah.. betullah, bukan semua yang kita dapat adalah yang kita suka..kalau pun dulu suka, sekarang mungkin jadi tak suka..




Saturday, 13 May 2023

Raya lagi 2023

Waktu raya akan jumpa ramai sedara dan kawan yang susah nak jumpa. Antara gambar yang ada..

Jemputan di rumah Yana...
Mee kari dan nasi dagang..mashaAllah sedapnye walaupun perut dah kenyang balik dari jamuan Pasti Alyan...
Terjah ke rumah k.Nurazan selepas selesai open house di rumah Ijal...dijamu lontong..hebat tuan rumah memasak dengan pantasnya...


Open house rumah Ijal...
Sedap betul tapi tak dapat makan banyak anak melasak...Jannah!
Jumpa K.Yah di tengah jalan...tak sempat ke rumah saya pula berjalan raya ke sana ke mari..

Open house kenalan suami...


Open raya alumni umt suami..


Open house sekolah lubna tapi suami dan Halaa shj yang pergi..
Kenduri tahlil dan open house di rumah Faradi...sedapnye singgang dan gulai daging..paksa makan takut teringat...
Terjah raya ke rumah Syikin haha..usai di rumah Faradi..rumah berdekatan pulak tu..
Midah dan Amni singgah beraya petang tadi..tak masak sebab rasa penat dan bunti nak masak apa..goreng karipap frozen shj..

Hajat minggu depan nak buat makan2 sikit..harap laratlah dgn musim panas ya Allah ujian sungguh.

Wednesday, 10 May 2023

Bonus TH bagi tahun 2022

Dalam sejarah, bonus dihebah pada akhir April 2023. Jenuh menunggu.


3.10%. Alhamdulillah sama seperti tahun sudah. Ingatkan kerajaan Madani ni dapat bawah 2% hehe. Dapatlah dalam 2.3k lebih dividen tahun ni. Ramai yang rasa sikit je dividen yang dapat dari TH. Dalam hati saya, memanglah sikit dah simpanannya sikit😂..Tapi tak tergamak nak kata begitu. Biar jelah yang penting saya konsisten menyimpan dah tak kisah berapa persen pun dapat asalkan dapat jana duit dan pergi haji InshaAllah. 

Untuk anak2 pun sama. Tiap bulan potongan tetap bersama tambahan topup bila ada duit lebih. Boleh guna untuk masa akan datang jika perlu. Usaha untuk tidak meminta atau mengharap pemberian orang.

Duit raya anak2 pun saya transfer ke sspn dan th mereka. Purata dalam 200++ seorang terkumpul. Beginilah kita rakyat marhaen menyimpan. 


Raya sana sini


Jamuan raya FBK.


Meriah, alhamdulillah.

Sumayyah kawan Lubna datang bermalam cuti hujung minggu baru ni...

Upah orang tebang pokok mangga yang lebat..penuh dengan kerengga..RM200..

Ayah pun datang tolong tarik pokok yang dah ditebang...


Banyak nak kena settle urusan rumah. Semuanya memerlukan duit. Kena ada simpanan khas untuk maintenance rumah. Lagi2 bila dah berusia nanti, semua akan upah orang. Dah xde kudrat nak buat sendiri.

Friday, 5 May 2023

Raya Aidilfitri 2023

Raya kali ni jatuh pada hari Sabtu. Bukan raya terkejut seperti tahun lepas.

Beraya pertama di rumah mak dahulu kemudian raya kedua bertolak ke Kelantan dan duduk di sana sehingga raya keempat.

Meriah raya seperti tahun sudah tapi panas sungguh tahun ni selera makan pun agak terbantut tapi kenaikan badan takde pula ikut bantut.

Suasana raya di Terengganu dan Kelantan..raya pertama di istana dahulu kemudian ke kediaman MB..

Pergi agak lewat dalam jam 9.30pagi dah ramai beratur untuk naik buggy. Masa pergi kami naik van istana untuk naik ke atas dan turun dengan buggy. Maklumlah istananya tinggi di atas bukit.

Ada nasi dagang Terengganu, nasi beriani, sate dll.


Suasana di kediaman MB...
Penuh orang seperti tahun lepas. Takde meja yg xukup untuk semua tetamu. Menu macam2 ada termasuk roti canai, kambing bakar, mee kawah, laksa dll.

Gambar raya sekeluarga besar..yang xde ialah adik yg menetap di Uk tak balik tahun ni...
Odw balik kelate singgah beraya di rumah rakan suami dan makan nasi kenduri anak staf pejabat suami ...



Sampai sahaja di kelantan beraya di rumah ummi dahulu..ibu tiri suami..abah dah meninggal beberapa tahun lepas..
Esoknya ada jemputan di rumah mak long suami dan petangnya jamuan bbq di rumah dua pupunya...


Beraya di rumah kawan makcik suami selepas selesai di rumah maklong ..sempat anak2 main buai dengan terik matahari..
Beraya di aeon mall juga sebelum ke rumah dua pupu suami..


Ini cerita malam tadi, buat bbq di rumah emak balik dari kelantan. xpuas makan di rumah dua pupu suami..gigih perap ayam yang ada..

Ok, cerita hari raya belum habis lagi selagi belum sampai hari raya aidiladha. Kui2.

Open house raya saya? Rasa macam xbuat tahun ni. Sape nak datang bagitahulah. Saya nak goreng bihun dan kopok.kui2.

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...