Friday, 5 May 2023

Raya Aidilfitri 2023

Raya kali ni jatuh pada hari Sabtu. Bukan raya terkejut seperti tahun lepas.

Beraya pertama di rumah mak dahulu kemudian raya kedua bertolak ke Kelantan dan duduk di sana sehingga raya keempat.

Meriah raya seperti tahun sudah tapi panas sungguh tahun ni selera makan pun agak terbantut tapi kenaikan badan takde pula ikut bantut.

Suasana raya di Terengganu dan Kelantan..raya pertama di istana dahulu kemudian ke kediaman MB..

Pergi agak lewat dalam jam 9.30pagi dah ramai beratur untuk naik buggy. Masa pergi kami naik van istana untuk naik ke atas dan turun dengan buggy. Maklumlah istananya tinggi di atas bukit.

Ada nasi dagang Terengganu, nasi beriani, sate dll.


Suasana di kediaman MB...
Penuh orang seperti tahun lepas. Takde meja yg xukup untuk semua tetamu. Menu macam2 ada termasuk roti canai, kambing bakar, mee kawah, laksa dll.

Gambar raya sekeluarga besar..yang xde ialah adik yg menetap di Uk tak balik tahun ni...
Odw balik kelate singgah beraya di rumah rakan suami dan makan nasi kenduri anak staf pejabat suami ...



Sampai sahaja di kelantan beraya di rumah ummi dahulu..ibu tiri suami..abah dah meninggal beberapa tahun lepas..
Esoknya ada jemputan di rumah mak long suami dan petangnya jamuan bbq di rumah dua pupunya...


Beraya di rumah kawan makcik suami selepas selesai di rumah maklong ..sempat anak2 main buai dengan terik matahari..
Beraya di aeon mall juga sebelum ke rumah dua pupu suami..


Ini cerita malam tadi, buat bbq di rumah emak balik dari kelantan. xpuas makan di rumah dua pupu suami..gigih perap ayam yang ada..

Ok, cerita hari raya belum habis lagi selagi belum sampai hari raya aidiladha. Kui2.

Open house raya saya? Rasa macam xbuat tahun ni. Sape nak datang bagitahulah. Saya nak goreng bihun dan kopok.kui2.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...