Friday, 19 May 2023

Jamu rakan yang datang beraya...

Sempena Aidilfitri kali ni rakan-rakan pejabat yang berhasrat nak datang ke rumah beraya, saya kumpulkan pada satu hari. Memudahkan proses memasak dan menjamu sekaligus.

Kalau datang tanpa makluman awal memang air oren jelah jadi hidangan. Ralat pulak tapi tak larat nak berkejar-kejar memasak adhoc. Bukan style orang dulu-dulu, bila tetamu datang gigih masak nasi putih, lauk pauk. Tetamu pulak sabar menunggu. Bagus kan orang dulu-dulu.

Sekitar jamuan tapi bukan open house sebab tertutup untuk rakan pejabat yang sebut dan hint nak datang ke rumah shj haha. Anak kedua excited sungguh bila sebut nak buat open house, abis dicanang pada semua orang yang dia jumpa adoilah. Kalau tahu kepoh sangat mulutnya, patut tak sebut open house, kena sebut orang nak datang beraya..sebut open house sebab penat nak explain panjang lebar haha..itupun boleh dia salah faham open house ni kita gi rumah orang ke orang gi rumah kita, dia tak nampak agaknya ummi gigih masak nasi maqlubah dan menyusun hidangan..😆



Order mee kari untuk 20 orang makan RM120. Kek coklat dnalicious RM30 dan kek batik Nutella RM60.




Susun kerusi..





Di luar rumah...

Dalam 4 rakan je yang hadir semalam bersama keluarga. Kti lambat sikit sampai sebab ada jamuan di rumah abgnya.

Ok, petangnya amik tempahan nasi arab di Taiba untuk mak jamu ustaz di rumah mak. Walaupun penat tapi demi mak sanggupkan diri. Kakak sekeluarga pun ada di rumah mak. Jadi makan2 besar family pulak malam tadi bersama tetamu mak dan abah...


Seronok betul Syawal kali ni. Makan sana sini. Alhamdulillah atad segala nikmat biar tak mewah tapi cukup dan sempurna.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...