Sunday, 3 November 2024

Kereta vios berbunyi kluk klek..

Dah sebulan bunyi kluk kluk bawah kereta. Bawa pegi bengkel Wong di Pulau Kambing pagi ni tapi kena datang esok pula untuk cek sebab banyak kereta menunggu giliran. Keesokannya pergi ke bengkel yang lebih dekat dengan rumah dan biasa kami pergi. Rupanya ada baang longgar kat tayar kereta. Jadi kos tukar barang dan upah RM80+RM40 untuk dua belah tayar. Alhamdulillah, ingatkan kerosakan besar sehingga ribu ringgit. Risau juga.

Dah lama rasanya tak post gambar masakan. Antara menu bila rajin memasak. Beli ikan siakap dan lumur dengan rempah ikan beli di Mesir baru ni dan bakar guna airfryer..ya salaaam...
Kerisi masak kengsom dan ikan gelama bekok Tumpat..fuhh..
Hari sebelum ikan cencaru bekok..sedappp..
Oklah bercakap tentang peningkatan kos hidup memang sangatlah terasa. Kos hidup memang makin meningkat. Kalau dulu pergi Mydin mall paling tinggi RM100-150 perbelanjaan untuk 2-4 hari. Tapi sekarang antara RM150-200. Beli barang macam biasa tapi sebab harga memang sudah naik walaupun gaji SSPA yang baru belum naik. Sebulan 5K setelah potong kereta dan tanah serta rumah memang cukup2 untuk keluarga lima beranak.

Ini pula cuba test sistem yang dibangunkan kerajaan Malaysia untuk rakyat melihat anggaran purata keperluan belanja untuk keluarga masing-masing sebulan..


Jumlah ni terlalu kecil kalau sudah termasuk perbelanjaan rumah dan kenderaan. Sebenarnya untuk keluarga berlima seperti kami,  jumlah RM5673 ialah perbelanjaan harian dan yuran sekolah sahaja. Untuk rumah, kereta dan aset lain perlukan sejumlah tambahan wang lagi. Rasanya semua keluarga macam tu lagi2 kalau yang memang rumah, kereta bayar sendiri. Yang duduk rumah keluarga atau mak ayah wariskan memang mencukup kadar ini. Apa pun alhamdulillah ala kulli hal.

Boleh try link di bawah:
https://mypakw.dosm.gov.my/

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...