Thursday, 14 November 2024

Pemeriksa luar pelajar sarjana di UIS dan turun ke USIM

Pertama kali dilantik sebagai pemeriksa luar viva voce di UIS setelah mendapat kenaikan Prof Madya. Alhamdulillah berjalan lancar..

Bertolak Isnin pagi 11/11 pada jam 9.10 dan sampai jam 3.30 petang di Hotel Le'Venue, Bangi. Suasana hotel yang sangat tenang dan sangat mesra keluarga. Ada taman permainan freez ada cafe yang pelbagai pilihan dekat dan mudah. Seronok. Bermalam 2 hari di sini kos satu malam lebih kurang RM200 termasuk tax..


Katil queen dua biji. Sesuai untuk kami lima beranak.

Suasana depan hotel. Parking kena ke bangunan berhadapan aras 1. Agak renyah tapi oklah taklah jauh sangat. Suasana pun cantik untuk berjalan kaki.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...