Sunday, 11 May 2025

Mini zoo TTI..

Pagi tadi ke sini mini zoo TTI atas permintaan anak kedua. Hari2 duk sebut nak pegi zoo rimba tapi kami bawa ke sini sebab lebih dekat. Anak sulung tak ikut sebab ada aktiviti merentas desa di sekolah. Anak kedua memang cuti hari ni sempena sukan dan anak ketiga cuti sendiri memandangkan dia pun selsema..







Comel betul alpaka ni.. Baik sangat..

Dewasa RM20, kanak2 RM15. Budak bawah 90cm percuma. Halaa dah tinggi. Sejam setengah oklah duduk dalam ni. Lepas jalan makan aiskrim..

Ini pula jamuan kesyukuran rumah kti semalam.. 


Nikmatnya makan sedap. Kami sampai agak lewat tapi makanan masih banyak. Alhamdulillah walau cuaca panas berpeluh tapi sempat merasa semua makanan.

Makam petang tadi..suami buat sotong celup tepung dan saya goreng nasi goreng kampung.. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك