Realiti rumah setelah lebih kurang 13 tahun dibina. Banyak bahagian yang sudah rosak dimakan usia. Fasa maintenaning sudah tiba. Kalau sebelum ini sibuk renovating, sekarang lebih pada penyelenggaraan. Semuanya melibatkan kos yang bukan sedikit.
Rupa dinding berdekatan tandas dalam bilik utama sebelum dicat..
Setelah dikikis kerana air yang sudah menyerap ke dalam dinding beginilah rupanya . Huduh dan menyakitkan mata. Realiti rumah lama.
Terbaca baru ni istana dato Alif Syukri yang berkeluasan 28ribu kaki persegi memakan belanja puluhan ribu ringgit setiap tahun untuk penyelenggaraan sehingga membebankan beliau. Pasti terbit rasa penyesalan di hati beliau. Automatik buat hati rasa bersyukur dengan rumah sendiri yang tidak begitu besar. Rumah kecik lebih mudah dikemas dan penyelenggaraan tentu lebih murah.
Rumah 1800 kaki persegi yang saya rasa cukup kecil ini sebenarnya besar bila perlu dikemas setiap hari. Lebih berat kepala bila ada bahagian rumah yang rosak seperti sekarang. Rasa cukuplah dengan keluasan yang ada kalau perlu ditambah ialah stor dan satu tandas serta ruang tamu tambahan sahaja pada masa memdatang.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك