Pagi tadi turun dapur untuk melaksanakan tugas masak memasak. Semangat nk guna dicer yg baru beli dari city mall temp0h hari. JOD8 arganya.
Siang kulit kentang, carrot, lobak putih untuk dihiris nanti. Sekali bila nak hiris lobak putih menggunakan mata bentuk v tu tah macam mana tangan tergelincir dan mengenai jari kuku telunjuk. aduh sakitnya! Tengok jari. Bahagian atas kuku hilang! Darah keluar berdesup2. Cepat2 basuh tangan di sinki sambil tahan rs pedih dan terkejut.
Tiba2 rasa nak gelap je dunia. Saya jangka saya akan pitam. Sayup2 je dengar suara lubna. Cepat2 sy duduk berteleku atas lantai sambil menundukkan kepala untuk elakkan dari terjatuh tanpa sedar. Saya laung panggil suami. Kebetulan duduk atas lantai sebelah lubna yg tengah makan biskut. Dan dan disuapnya sy dgn biskut sekali. Sudahlah menahan sakit, hampir pitam pulak tu, kepala berpusing, pandangan jadi kabur, lubna duk sumbat biskut dalam mulut saya!
Mujur suami datang. Mujur jg sy xjadi nak pitam mgkn sebab sy cepat2 duduk tunduk sebelum betul2 jatuh. Minta suami ambilkan minyak gamat. Saya dah jadi xkeruan.
Memang macam nilah sy kalau tengok darah. Dulu tertengok anak jiran jatuh depan tangga rumah dan berdarah2, sy hampir nak pitam juga. Rs berpusing2 dunia. Sy juga alah dgn rasa sakit. Sy xtahan rasa sakit. Cepat je nk pitam klu sakit teramat. Sebab tulah sy tak berhajat pun nak amik bidang medical dulu. Dengan PMR 7A sy dapat masuk kelas sains tapi hanya bertahan 2 minggu shj. Sebab utama saya xsuka duduk asrama, sebab kedua sy xsuka subjek kimia dan seangkatan dgnnya. Saya xsuka menghafal. kihkoh. Lepas tu sy masuk kelas aliran sastera dan ekonomi seperti biasa dan jadilah sy sekarang sebagai pensyarah bahasa Arab. Oklah pnjg pula citer, esok nak present.
Inilah dicer yg sy beli di city mall dan ampir meragut jiwa dan raga sy. kih34...
Ini gambar lubna bermain atas meja belajar...
Makan tenghari tadi suami yg goreng ikan salmon dan fillet ikan..tangan sy dah cedera..
Yeay lubna berjaya menghuru-harakan bilik belajar!
Oklah, nak gi tengok resepi2 pulak kt blog org ramai. Itu memang keja sy bila dh bosan mengadap buku.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك