Bila dah duk di Jordan ni boleh kata hari-hari kami masak. Jarang sangat makan atau beli makanan di luar. Banding di Malaysia waktu bekerja dulu boleh kata hari-hari beli makanan di luar. Paling kurang tengahari mesti makan di luar. Mana nak sempat masak pagi-pagi. Tambah lagi lepas lubna lahir asyik duk mengadap dia jelah. Hujung minggu jelah kami masak. Sama macam keluarga lain di Malaysia terutama kalau isterinya berkerja.
Saya suka sgt dgn kuih seri muka. Belek buku resepi chef hanieliza jumpa resepi dia. Kuih seri muka buat petang tadi...
Mat'am siniyy lg semalam..
pulut kuning rendang daging dua hari lepas...
kek pisang...
kek coklat...
Nasi goreng pattaya suami goreng...
Kerepek gunting...
Keluar ke city mall smlm hari mendung, hujan dan kabus!
Nasi zirbiyan dan biryani...
Rasa malas nak menulis di blog. Tepek gambar jelah. Bila dah rajin sambung menulis.
Macam2 dlm kepala fikir semenjak dua menjak ni. Pasal kematian, kesihatan mak ayah, karenah dunia macam2 lagi xmampu nak gambarkan dgn tulisan.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك