(Dah lama entry ni duduk dlm draft blog. Hari ni baru nak abiskan tulisan dan publish. Suami dah xsabar2 nak baca pengakhiran citer sy nih kih2)
Alkisahnya saya bukanlah pelajar yg cemerlang ketika di bangku sekolah rendah. Kedudukan dalam kelas saya sentiasa berada antara nombor dua atau tiga sebelum akhir. Saya banyak bermain dan saya betul-betul tak faham kenapa saya perlu belajar. Ops sebelum tu, sy masuk darjah satu ketika berumur 6 tahun. Jadi rakan-rakan sekelas dari sekolah rendah, menengah, universiti majoriti tua setahun dari saya.
Ketika saya darjah enam, muallimah (cikgu) pernah menyusun kedudukan meja dan kerusi dalam kelas berdasarkan keputusan peperiksaan yg lepas. Kalau dah dapat nombor dekat dgn last tu faham-faham sajelah duk kat mana. Masih saya ingat lagi ketika awal tahun persekolahan, masing-masing menyusun meja dan kerusi dan mula mendapatkan tempat masing-masing. Saya dan seorang kawan yg agak tak berapa pandai cuba untuk duduk di bahagian paling hadapan kelas. Tapi oleh kerana ada seorang pelajar tak berpuas hati kononnya dia lebih pandai jadi dia yang harus duduk di hadapan lalu meminta muallimah menyuruh kami untuk duduk di bahagian belakang kelas. Awalnya saya tak mahu berganjak saya berkeras buat tak tahu. Tapi akhirnya kami ditempatkan di bahagian paling belakang dalam kelas juga. Pelajar tu nangis-nangis emosional tak bagi kami duk depan dia. Sedih kalau di ingatkan kembali. Geram.
Tapi rupanya seronok duduk di bahagian belakang kelas. Kebetulan bahagian belakang kelas tu ada ruang kosong yang agak luas, apa lagi hari-hari main batu seremban kat belakang tu. Lama-lama makin ramai pulak yang join main. Tiap kali waktu rehat atau muallim muallimah tak masuk kelas kami pasti main. Ada yang main batu seremban, ada main lompat tali getah, ada main tampal-tampal sticker. Amik kau. Dengan budak laki sekali main lompat tali getah. Aktiviti membaca tak termasuk dalam senarai permainan.
Dari darjah satu setiap kali dapat report card mak saya akan cakap tengok ini merah, itu merah bla bla bla. Boleh kata dalam 12 subjek contohnya hanya tiga atau empat subjek saja yg ditulis markahnya dengan pen biru (maknanya lulus) selebihnya ditulis dengan pen merah tanda gagal. Tapi kan saya tak kisah pun dan saya memang tak faham apa keperluan dapat report card dengan markah ditulis dengan pen biru. Tukar sajelah pen merah dengan pen biru. Itu dalam fikiran saya waktu itu. Markah lulus dan gagal pun saya tak tahu berapa.
Tapi mak sangat gigih mengajar kami adik-beradik. Tiap kali ada masa lapang kami pasti akan belajar. Sampai saya dan adik-beradik fobia sangat kalau ada masa terluang takut mak panggil belajar. Dan sememangnya betul telahan kami. Mak memang pantang tengok kami santai-santai depan tv, paling kurang kena lipat kain atau belajar! Dapur adalah tempat kami adik-beradik banyak menghabiskan masa dengan belajar. Sambil mak memasak kami akan siapkan kerja sekolah atau melakukan aktiviti pembelajaran tambahan sama-sama. Kadang-kadang bila tengok mak khusyuk memasak sempat kami cilok-cilok lari tengok tv. Melaung-laung mak panggil nama kami semula. Membebel-bebel mak marah risaukan kami adik-beradik banyak bermain daripada belajar. Kasihan mak tapi saya tak kisah sebab saya masih tak faham lagi apa keperluan belajar.
Kalau dalam kereta mak akan suruh kami membaca sekiranya boleh. Tapi saya tak boleh membaca dalam kenderaan bergerak. Saya cepat pening dan rasa nak muntah. Jadi mak hanya akan tanya soalan-soalan secara verbal atau teka-teki ilmiah dan saya akan jawab secara lisan juga. Kadang-kadang mak akan suruh kami baca tulisan-tulisan pada signboard di luar, membaca no plat kenderaan. Seronok dan langsung tak sedar yg itu sebenarnya adalah sebuah proses pembelajaran.
Ketika darjah enam, saya tak dibenarkan mengambil UPSR kerana umur saya belum cukup 12 tahun. Saya masuk darjah satu ketika berumur enam tahun, dan ketika rakan-rakan sekelas sedang mengambil UPSR saya baru berumur 11 tahun. Ketika itu ada dua orang senasib dengan saya. Kami bertiga belum cukup umur dan hanya diletakkan di library sekolah ketika orang lain menduduki UPSR. Hanya ujian percubaan UPSR yg kami gunakan untuk melayakkan diri ke sekolah menengah. Result percubaan UPSR saya? Kalau tak silap 3B 1C kot. Entah bila saya amik ujian percubaan UPSR saya pun tak tahu. Sedar-sedar mak saya kata kita guna ujian percubaan UPSR untuk permohonan masuk ke sekolah menengah. Tengok betapa 'zuhudnya' saya ketika di sekolah rendah.
Saya mula sedar keperluan untuk belajar bersungguh-sungguh selepas mak berulang kali ingatkan saya tahun hadapan saya akan naik tingkatan satu, jadi tak boleh bermain-main macam di sekolah rendah. Waktu tu saya mula menanam azam untuk lebih serius belajar sekiranya berjaya masuk ke sekolah menengah agama yang dihajati. Waktu tu untuk masuk ke sekolah menengah agama perlu hadir temuduga dahulu. Sekiranya lulus temuduga baru dapat masuk. Bentuk temuduga lebih kepada hafalan beberapa surah al-Quran dan pengetahuan agama serba sedikit.
Alhamdulillah saya berjaya dalam temuduga tersebut sekaligus berjaya masuk ke Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan. Kebetulan saya masuk ke sekolah yg mak saya mengajar bahasa Inggeris di sana. Jadi waktu mula-mula masuk tu adalah suara-suara sumbang berbunyi kononnya saya berjaya masuk ke sekolah ini sebab ada mak. Terkilan juga dengar. Ketika ni saya dah mula matang dan mula memahami banyak perkara. Tapi saya tak hiraukan kata-kata ini, sebab saya tahu memang saya berusaha belajar untuk lulus dalam temuduga itu. Dan saya tahu saya memang tak pernah dapat markah yang baik ketika di sekolah rendah jadi sebab itu wujud suara-suara sumbang seperti itu. Saya tak kisah, saya bukan tak pandai, saya cuma malas untuk belajar. Saya tak dapat nombor yang baik ketika di sekolah rendah bukan sebab saya bodoh tapi sebab saya memang tak belajar. Adillah tu. Lainlah kalau saya berusaha belajar tapi masih gagal, apalah diorang ni. Dengkilah tu. kehkoh.
Ketika di tingkatan satu saya ditempatkan di kelas ketiga bersama beberapa rakan sekolah rendah dulu. Ada seorang rakan saya yg sangat bijak ketika di sekolah rendah tapi dia juga berada dalam kelas yang sama. Pelik juga. Pelajar secerdik dia sepatutnya duduk di kelas pertama. Tapi rupa-rupanya pembahagian pelajar tingkatan satu adalah secara rambang saja. Okay saya tak kisah sangat. Dapat masuk ke sekolah ini sudah bersyukur sangat-sangat. Saya mula berazam untuk belajar dengan baik dan duduk di kelas kedua ketika di tingkatan dua nanti.
Siapa tahu rezeki masing-masing, saya berjaya mendapatkan keputusan tahunan akhir yang terbaik untuk diri saya waktu tu. Saya berjaya mendapat tempat ketujuh (seingat saya) kedudukan dalam kelas berdasarkan peperiksaan akhir tahun. Dan tempat ke belasan atau dua puluhan secara keseluruhan tingkatan satu yg terdiri dari beratus-ratus pelajar. Satu pencapaian yg membuatkan mak saya betul-betul gembira. Ketika itulah baru saya tahu betapa hebatnya perasaan mndapatkan keputusan yg baik. Ia sangat menyeronokkan! Kawan saya yg bijak tu sudah tentu dapat tempat pertama dalam kelas dan tempat kedua secara keseluruhan tingkatan satu. Bijak kan dia. Mana taknya 24 jam kerjanya asyik membaca je, dalam kelas, sambil berjalan, dalam kereta. kui2.
Akhirnya saya ditempatkan di kelas pertama ketika di tingkatan dua. Terdapat lima hingga enam buah kelas tingkatan dua ketika itu. Bila dah masuk kelas pertama memang lain sangatlah suasananya. Pelajar-pelajarnya banyak membaca. Tak banyak bercakap, tak banyak bermain. Oh saya perlu biasakan dengan suasana begini. Tapi saya dah mula suka dengan suasana macam ni. Saya dah puas bermain dulu. Sekarang adalah masa untuk belajar azam saya. Proses untuk memaintainkan kedudukan dalam kelas juga agak mencabar. Alhamdulillah saya berjaya mendapat result yg baik pada setiap tingkatan dan kekal duduk di kelas pertama sehingga habis tingkatan lima.
Keputusan saya tidaklah sangat cemerlang tapi sudah cukup membuatkan mak ayah saya gembira dan saya sangat puas hati. PMR: 7A 1B 1C - SMA: 7A 1B - SPM: 5A1 1A2 2B3 1C5. Keputusan SPM saya biasa-biasa saja tapi sy 'dinobatkan' sebagai pelajar terbaik SPM sekolah pada tahun tersebut kihkoh. Sebabnya beberapa rakan yg sangat bijak dah lari ke sekolah berasrama penuh selepas mendapat keputusan yg sangat baik dalam PMR. Tinggal yg biasa-biasa saje macam saya (tapi sbnrnya ada juga pelajar yang bijak dari kelas sains tapi pelik jugak diorg xperform sangat tahun tu). Dan saya sendiri tak hadir pun ke majlis penerimaan anugerah tu sebab rasa macam xlayak je dan xberapa seronok pun nak dapat hadiah kihkoh. Lagi pun saya tahu pelajar di sekolah lain dapat lagi banyak A dari saya. Kebetulan saya pun dah masuk matrikulasi UIAM waktu tu.
Sebenarnya selepas PMR saya berjaya mendapatkan tempat di Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, Kelantan untuk tingkatan empat di kelas sains. Tapi hanya sempat bertahan dua minggu saje. Tak tahan duduk asrama, rindu sangat-sangat pada mak ayah adik beradik. Tambah lagi saya tak suka beberapa subjek sains macam kimia dan add math. Saya pulak xmau jadi doktor jadi buat apa nak masuk kelas sains. Dalam kepala waktu tu fikir bila masuk kelas sains je mesti kena jadi doktor padahal boleh je xjadi doktor. Kih2. Lurus betul waktu tu.
Ada sebab lain juga sy xbertahan lama di sana antaranya sebab saya tak suka sistem belajar malam atau prep yg dilakukan setiap malam lepas isyak di sekolah. Saya xsuka belajar secara formal. Duduk dalam kelas mengadap buku atas meja untuk jangka masa dua jam sangat stress. Siang hari dah seharian duk dalam kelas, malam-malam pun kena duk dalam kelas juga ke?? Kalau di rumah sy study santai saja, meniarap depan tv, sambil main dgn adik-beradik, gaduh-gaduh. Xde nak study guna meja kerusi, baring atas tilam terus atau meniarap lagi best. Oleh sebab tu sy tekad nak balik umah saja dan sekolah di sekolah lama. Sekolah sy yg dulu pun hebat jugak xde yg kurang cuma mungkin kurang terkenal berbanding maahad muhammadi.
Alhamdulillah saya berjaya masuk ke matrikulasi UIAM. Sebuah universiti impian saya sejak dari sekolah menengah lagi. Bidang pilihan pertama saya ketika mengisi borang permohonan ke IPTA adalah Bahasa Arab, UIAM, pilihan kedua juga adalah Bahasa Arab, UIAM. Over betulkan kih2. Mak saya terpaksa pasrah sedangkan mak sangat menginginkan saya menceburi bidang undang-undang. Pilihan ketiga baru undand-undang, UIAM. Saya xtahu kenapa saya sangat tergerak hati untuk mengambil jurusan bahasa Arab. Saya kira ini semua petunjuk dan gerak hati dari Allah. Alhamdulillah ala kulli hal walaupun sampai sekarang kadang-kadang ada rasa sesal ambil jurusan ini kih23. Matrikulasi UIAM setahun setengah saya berada di sini.
Ketika ijazah saya juga berjaya mengekalkan dean's list dari awal semester pengajian sehingga tahun akhir, allhamdulillah. Tiap tahun saya hadir majlis sambutan pelajar dean's list dari seluruh bidang dan kulliyyah yang sangat grand di CAC hall UIAM. Naik pentas amik sijil. Rasa macam berada di awangan.Tapi pelajar jurusan lain lebih hebat, bidang mereka lebih kritikal dan susah. Nilai dean's list untuk mereka lebih hebat berbanding saya. Rasa rendah diri. CGPA saya ketika ijazah sarjana muda ialah 3.636. Saya berjaya menamatkan pengajian ijazah dalam masa tiga tahun setengah dengan mengambil semester pendek hanya sekali sebab saya suka duduk rumah bercuti lama tiga bulan. Saya grad ijazah dalam bulan enam tahun 2006 ketika berumur 22 tahun.
Hujung tahun 2006 saya mendaftarkan diri untuk jurusan Bahasa Arab sbgi Bahasa Kedua-pengajaran di peringkat ijazah sarjana (master) di UIAM juga. Tahun 2009 saya konvo master iaitu ketika berumur 25 tahun dgn CGPA 3.77 & sebuah tesis yg sgt bermakna dalam hidup saya: الاتجاهات نحو القراءة باللغة العربية لدى طلبة المدارس الثانوية بترنجانو. Alhamdulillah. Bergelumang dgn air mata nk boleh siapkan tesis tu. Kih2.
Awal Januari tahun 2010 ketika berumur 26 tahun saya mendapat tawaran lantikan pensyarah tetap di sebuah universiti di pantai timur. Tiga tahun saya berkhidmat di sini sehingga disahkan jawatan dan akhirnya mengambil keputusan untuk menyambung PhD ketika berumur 29 tahun pada tahun 2013 di bawah biasiswa slai utk saya dan membawa keluarga elaunnya di bawah tanggungan universiti.

Tadaaa di bumi ini Jordan saya berada, penuh liku dan duri. Setiap kali nak pergi kelas rasa seperti hendak berperang, balik dari kelas penat dan layu. Padahal dalam kelas bukan cakap banyak pun, banyak mendengar dari bercakap. Kih3. Dah habis dua sem pengajian. Tinggal lagi 6 subjek sebelum dapat ambil imtihan kafaah (performance test) & sekiranya lulus baru dapat mula menulis. Setakat ni natijah imtihan alhamdulillah berpuaa hati, berbanding dgn usaha saya yg seciput ni rs xberbaloi dgn result yg diperolehi. Rezeki dr Allah. 84.6% merangkap CGPA sy sepanjang dua sem lepas. Kt WISE masih menggunakan sistem peratus. Mula2 pening juga macam mana nk convert pd GPA. Rupanya baru tahu kalau dpt 85% baru menyamai GPA 3.5. Nampaknya ini kali pertama dapat GPA bawah dr 3.50. Alhamdulillah ala kulli hal. Kena berusaha dgn lebih gigih. 2 sem lepas banyak koya. Sem ni harapnya lebih baik inshaAllah.
Nanti dah habis PhD ni dgn izin Allah boleh sambung semula tulisan inshaAllah.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك