Malam tadi selesai solat isyak sy mengurut2 perut dgn minyak bam pala sambil berselawat dlm keadaan berdiri. Mohon pd Allah agar dimudahkan janin ini keluar dgn sendirinya. Sy pandang kiri kanan sambil menggosok2 perut. Tiba2 bursttt terasa sesuatu keluar dr nun di bawah sana. Abang! abang! teriak sy memanggil suami yg jaraknya 3-4 langkah je dr saya. Kihkoh, sbb panik sgt rs darah mengalir laju di kaki. Kebetulan belum smpt memakai seluar kemetot dan pad.
Cepat2 sy amik kertas dan plastik safrah yg sy siap susun dalam bakul berpantang sy dan campak di atas lantai tempat sy berdiri. Darah mula menitik2 atas kaki dan rasa spt makin mencurah2. Rasa panas apabila darah mengenai kulit kaki. Begini rupanya gugur getus hati. Nampaknya ada tompokan darah sempat mengenai carpet di tepi tilam tmpt sy berdiri.
"Abang nk buat apa ni?!" Teringat ayat panik suami buntu xtau nak buat apa melihatkan sy berkeadaan begitu. Lubna penonton setia adegan panik malam tadi. Abang tolong lap darah ni dgn tisu basah awa baru beli tu, awa nk masuk tandas cuci darah dulu, ujar saya. Sempat sy campakkan plastik safrah ke atas lantai dan berjalan perlahan2 beralaskan plastik ke arah tandas.
Bakul berpantang yg sempat sy susun petangnya selepas solat zuhur...
Masuk dlm tandas sy lihat darah turun laju, pekat berwarna merah. Ada ketul2 darah merah jatuh atas lantai tandas sy kutip letakkan atas tisu. Hampir 30 minit juga menunggu darah reda sedikit. Sambil tu sy minta suami letakkan bakul berpantang sy dpn pintu tandas mudah utk sy mncapai apa yg patut. Rs sengal pada ari2 masih terasa. Sy bubuh bam pala di perut sambil berselawat dlm hati. Basuh apa yg patut dan cepat2 pakai pad. Darah turun mencurah tanpa amaran.
Spnjg malam kdg2 sy terjaga krn rs sengal pada bhgian ari2. Rasa darah mengalir dgn banyaknya pada pad. Tp sbb mengantuk sy xhiraukan sgt. Tidur dlm rs sengal yg tidak begitu menyengat. Sblm tidur sy minta suami lumurkan bam pala yg panas tu pd kedua kaki sy dan pakaikan stokin. Sy lumurkan pd perut juga.
Dlm jam 4.47 pagi kebetulan kedengaran azan pertama sblm subuh. Sy pegang kain batik terasa basah. Sy buka lampu meja di sisi dan lihat ada darah pada kain batik dan plastik alas tilam. Dah habis lencun rupanya pad dan seluar kemetot sy smpi bocor mengenai plastik alas! Cepat2 bangun dan sebut abang. Tp xmengharapkan suami bangun sbb rs boleh uruskan sendiri.
Sedang sy dalam tandas tiba2 suami dtg menjenguk. Rasa lega dan suka suami tersedar juga. Sewaktu berjalan ke tandas sy dh rasa berketul2 darah beku keluar dr bawah sana. Bila buka pad ya Allah besarnya darah beku yg keluar sebesar sparuh tapak tgn sy. Minta suami amik bekas utk sy isi ketulan darah itu. Mungkin perlu sekiranya doktor minta utk lihat.
Ok mau ke tandas, rs mencurah2 darah keluar.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك