Pagi tadi jumpa dr.widad di iyadahnya yg hanya 2 minit naik kereta. Doktor scan dan bgtau kantung dan janin dah keluar sepenuhnya alhamdulillah. Cuma tinggal sedikit sisa2 darah beku yg tinggal. Doktor bekalkan dua biji pil utk cairkan sisa darah beku yg berbaki dan dtg semula utk cek rabu depan. Doktor pesan sy akan mengalami sedikit sakit dan heavy bleeding skli lagi slps makan pi tu. Alhamdulillah stkt ni xperlu biat D&C. Harapnya keluar semua dua tiga hari ini inshaAllah.
Lepas makan ubat yg doktor bg tadi rs senggugut sikit. Darah keluar banyak sikit. Yg bestnya lps balik dr klinik tadi rs ade ketul kecil yg keluar. Cek di tandas mmg ada seketul darah beku saiz separuh ibu jari yg keluar. Pandai betul dia keluar tiap kali pas scan di klinik.
Sekarang tgh berehat sambil berbaring selesai makan menu berpantang yg suami masakkan. Sy minta dia bt ikan kukus...
Makan dgn sayur bayam masak air...
Sedap sgt. Kebetulan cili besar tu pedas sy bedal skli huahua. Langgar pantang nampaknya. Ai macam mana nak cepat sembuh ni.
Lps makan nasi sy makan pula pil antibiotik utk cegah jangkitan pd rahim. Makan 2 biji sehari. Pahit sungguh rasanya. Mujur ada 10 biji je pilnya.
Ok nak berehat lagi. Banyakkan berehat sblm kelas rabu ini. Alhamdulillah sume ini berlaku slps imtihan kafaah dan imtihanat nisfiyyah. Sekurangnya sy ada masa berehat & selesai dr detik2 getir wlupun masih ada kelas dan presentation yg menanti. Eh ada satu lg imtihan jtk madah dr.hamdan. Tapi belum ditetapkan bila. Harapnya tiga minggu lagilah. Sempat sy berehat dgn baik tanpa perlu stress dgn buku.
--------
Makan malam sy pulak buat sardin dan telur hancur utk dicicah dgn roti. Bubuh banyak bwg putih dan halia dlm sardin tumis dgn minyak zaitun satu sudu besar. Telur pun macam tu juga tambah bubuh lada hitam dan bawang merah ditumis dgn minyak zaitun...
Sy cakap pd lubna dalam dua minggu ni kita makan banyak halialah ye lubna. Kih3. Terkebil2 lubna xpaham apalah ummi dok bebel2.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك