Hari ni badan rasa lebih sihat dan ringan. Mungkin sbb makan banyak halia semalam. Tghari ni kami plan nak ke muhktar mall. Sy teringin shopping pinggan mangkuk. Cehhh. Dh lama rsnya xcuci mata dan beg duit beli periuk belanga. Lepas imtihan berturut2 dan lelah memikirkan kelas, minggu ni sy rs lapang sangat walau pun Allah uji dgn keguguran anak yg sy kandung hampir 10 minggu.
Kalau ikutkan ini ialah bulan terakhir fasol thani. Lagi 5 minggu dan kelas akan berakhir! Alhamdulillah di sebalik susah payah yg dirasa akhirnya sy hampir sampai ke separuh garisan penamat. Tunggu natijah imtihan kafaah pula minggu. Ya Allah sangat mengharap utk lulus. Ya Robb.
Hari ni suami masak lagi utk lauk pantang saya. Sup sayur bungka kobis dan salmon bakar lada hitam. Sy tambah buat sambal kering campuran ikan bilis, halia, lada hitam dan kunyit. Sedap sungguh!
Sambal ni sy goreng tanpa minyak. Tapi sebelum sy angkat sy bubuh sesudu minyak zaitun. Kemudian sy keluarkan dan tumbuk kasar. Sedap betul rupanya...
Tiba2 rs berat kepala. Ke sebab duk menumbuk sambal tadi?!
Makan malam sy plk masak mee ala spaggeti bolognese...
Tumis dgn minyak zaitun.
Kami! Baru balik dr muhktar mall.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك