Tuesday, 10 November 2015

Harga rumah banglo di terengganu melampau naik..!

Petang tadi saje2 buka mudah.com. Tengok bahagian properties, land di terengganu. Ya Allah terkejut monkey tengok rumah banglo setingkat yg baru sudah mencecah harga RM400,000 di Kuala Terengganu! Memang harga cekik darah. Harga rumah semi D pula mencecah RM250,000 ke atas. 

Saya beli rumah banglo setingkat juga pada tahun 2011. Waktu tu sudah berharga RM250,000 tapi masih consider murah berbanding rumah banglo setingkat yg lain di kawasan kuala terengganu. Ada 4 bilik, 2 tandas dgn keluasan 1600 sq feet. Mungkin kerana lokasinya agak ke dalam lebih kurang 7km dari jalan besar. Tapi sekarang harganya berdasarkan situasi ekonomi terkini sudah pun mencecah RM350.000! Bayangkan perbezaan harga selama 4 tahun ini. 

Tengah surf mudah.com tetiba2 tertengok iklan orang nk jual rumah di kawasan berdekatan rumah sy. Tup2 rupanya pemilik rumah di kawasan perumahan yg sama nak jual rumahnya lot tepi dgn harga RM380,000. Wah, rs2nya dulu harga lot tepi ni dalam RM280,000. Sy sendiri xsempat nak beli lot tepi sbb setiap rumah lot tepi dh ada orang tempah. X pernah sempat kenal dgn pemilik umah ini sebab dia dan keluarga hanya datang sekali sekala. Lagi pulak sy masuk rumah tahun 2012, tahun 2013 dah sambung belajar di Jordan sampailah sekarang. Belum sempat kenal jiran melainkan jiran2 kanan dan kiri rumah. Belum sempat beli perabot perkakas pun dalam rumah melainkan yg penting shj. Hihi.

Alhamdulillah Allah gerakkan hati utk beli rumah tahun itu. Dengan motivasi dari rakan sekerja syikin, perbincangan dgn mak ayah akhirnya sy beli rumah sendiri sebelum berkahwin lagi menggunakan loan kerajaan. Sy dah tetapkan awal2 untuk memiliki rumah banglo berharga tidak lebih dari RM250,000. Xmau menanggung hutang bulanan yg banyak. Alhamdulillah berjaya. Kalaulah dulu sy bermalas2an cakna tentang rumah agaknya skrg sy putih mata tengok harga rumah yg ada. Mungkin hanya mampu mendiami rumah teres shj. Cuma sekarang kadang2 terkilan tengok tanah depan Giant Gong Badak yg sy lepaskan. Harganya dulu RM75,000. Waktu tu mana nak tahu giant, mydin, sabasun akan naik. Rasanya sekarang harganya sudah mencecah RM180,000 mungkin. Maka berhuhuhuhu lah saya sampai sekarang.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...