Monday, 9 November 2015

Menghitung bulan

Kalau dikira2 lagi berbaki 16 bulan sebelum tamat perjanjian tajaan cuti belajar. Progress tesisi? Setakat ni hanya 20% saje rasanya yg siap sejak habis kelas bulan 6 lepas. Sudah 4 bulan berlalu. Surat muwafaqoh dari qism pun belum kunjung tiba. Rasa down skejap. Lagi2 bila difikirkan camnelah nk buat semakan adawat dirosah dgn dakatir dr pelbagai universiti di sini? Rasa seram sejuk memikirkan.

Walaupun hari2 piki nak masak apa, dalam kepala hari2 juga memikir pasal tesis. Piki camne nak cari semangat, piki camne nk menulis b.arab dgn sebaiknya, piki camne nk cari artikel yg bagus2, camne ini camne itu. Banyak sgt piki, akhirnya menulis pun tidak. Hua2.

Walaupun dlm hati ada gusar, tapi masih bermalas-malasan. Tengok skrg punya masa utk menulis di blog. Haish. Oklah stop dulu.

Simple saje hari ni...


Hadiah besday lubna bagi lebih awal dr tarikh gara2 lalu di kedai mainan di mukhtar mall tadi...



Hari ni bw lubna masuk tempat permainan knk2 yg kena isi duit tu. Apatah namanya. Hari2 lubna cakap nk naik mainan, nak naik hison (kuda). Kesian pulak. Terbang Jod5 (Rm30). Sempatlah dia rasa beberapa jenis permainan. Alhamdulillah.

Usrah mutazawwijat minggu lepas...

  
                              


Sy bentang fasol 6 bahagian pendidikan sosial anak2. Rasa mcm ustajahlah pulak. Kadang2 teringat suasana mengajar di unisza dulu, kdg2 rs rindu. Tp xnak rindu over sgt sebab habis phd ni, 25 tahun kena berkhidmat dgn penuh maju jaya! 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...