Friday, 20 May 2016

Doa-doaku...

Adik lelaki yang eksiden baru ni dah discharge dari hospital petang semalam. Alhamdulillah. Hampir 2 minggu lebih menginap di hospital. Pengalaman pertama buat dia dan kami semua. Ya Allah lindungilah kami semua dari kemalangan yang buruk dan dari kematian yang mengejut. Hari-hari doa ini berulang-ulang dalam hati.

Semalam mendapat berita pesawat egyptair pula terhempas di sebuah pulau berdekatan Greece dari Paris ke Mesir. Dup dap rasa jantung memandangkan waktu kami terbang juga semakin hampir. Sepanjang 2-3 tahun di sini sudah berapa biji kapal terbang terlibat dalam nahas udara termasuklah kapal terbang milik negara kita.:(

Hari ini mak kata ayah dan adik ditemani beberapa sauadara yang lain pergi ke Kuantan untuk membuat repot polis dan tuntutan insuran. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami semua. Petang jumaat ni banyakkan doa yang baik-baik. Antara waktu mustajab berdoa ialah selepas asar jumaat.

Jadikanlah kami hambaMu yang soleh dan solehah.
Berkatilah umur mak dan ayah kami, sejahterakanlah mereka di mana saja mereka berada.
Kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang soleh dan solehah.
Kurniakanlah kami rezeki yang luas dan sifat pemurah.
Permudahkan urusan ahli keluargaku.
Sembuhkanlah adikku dan keluarga dari cedera kemalangan.
Bantulah aku dan sahabat-sahabat menyiapkan PhD secepat yang mungkin dan sebaik yang mungkin.

Amiinn Ya Allah. Engkaulah pemilik segalanya dan memakbulkan hajat hamba-hambaMu.

Lepas suami solat jumaat tadi kami keluar ke sameh mall. Hajat suami nak cari pemutar skru untuk buka pc komputernya. Niat kami nak hantar 2  kotak barang dulu pulang ke Malaysia. Tahun depan harapnya tidaklah banyak barang perlu dibawa pulang for good. Pulang kali ni pun saya angkut sekali baju2 nipis musim panas yang tidak digunakan lagi di sini. Kemas bilik baju, kemas dapur sikit sebanyak sebelum pulang sebentar untuk collect data. Beli barang-barang yang mak kirim. 

Dalam hati rasa gusar untuk pulang collect data. Rasa kekok mahu masuk pejabat semula yang pastinya terdapat banyak perubahan suasana yang begitu ketara. Rasa risau jika tidak mendapat sokongan yang sebaiknya ketika proses masuk ke kelas nanti. Risau jika tidak dapat melaksanakan model pengajaran sebaiknya. Ish banyak betul risaunya hua3.

Ok cam biasa lauk pauk beberapa hari ni...



Strawberi satu kotak tu 1 dinar sahaja! Dengan buah durok ka'kah pun 1 dinar utk satu ulbah! Jannah!


Balik beli barang singgah di mat'am baru di tobarbour. Semakin rancak perusahaan makanan di sini. Sana sini restoran batu tumbuh bak cendawan.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...