Monday, 28 November 2016

Hantar full draft tesis

Makan pagi atas tolab lubna nak makan kari ayam. Sekali pedas pulak. Minum berulam airlah lubna...
Gigih menghabiskan nasi...


Alhamdulllah hari ni selamat menghantar draf tesis lengkap kepada musyrif. Tinggal 152 muka surat setelah banyak dipotong-potong oleh doktor huhu. Kalau yang ni pun doktor potong dan buang lagi hai tak tahulah tinggal berapa helai...


Balik dari jamiah dengan suami dan anak, singgah beli syawarma di mata'm dar darak...


Suhu dah jadi belas-belas tika siang hari. Rasa lapar kerap terasa. Malam pula suhu jatuh bawah sepuluh. Belum masuk bulan 12 fuh mak ai sejuk hingga ke tulang.

Saturday, 26 November 2016

صور يوم البارحة

Haflah zawaj seorang pelajar ijazah di jubeihah. Bertemu jodoh dengan orang azerbaijan...


Singgah di gerai program PERTAMA di Uj. Bergambar depan dewan program berlangsung...


Hasil tangkapan di gerai..nasi lemak dan kuih-muih...


Depan rumah di tobarbour...


Nanti citer lagi. Malas nak menaip.




Wednesday, 23 November 2016

Masak lemak kuning ikan makerel

Masak lemak kuning ikan makerel. Gigih rebus dulu ikan dengan garam dan asam keping untuk hilangkan bau ikan yang sungguh kuat. Tumbuk sambal belacan dan ulam timun serta daun ketumbar...


Sarapan semalam tak kira nak letak jugak...


Mengandung kali ini banyak sangat keputihan sejak kandungan berusia lima bulan lagi. Keputihan yang keluar berbentuk gel dan bergentel-gentel. Rasa rimas perlu pakai  pad sentiasa kalau tidak akan melecet dan gatal di kawasan sekitar. Lagi dua minggu murajaah dengan dr.widad. Kheir inshaAllah.

Tadi keluar ke carrefour di tobarbur beli barang dapur lagi. Habis JOD 17. Semenjak kurang ke city mall (antara pasaraya besar di Amman) memang banyak duit dapat dijimatkan. Kalau tidak di sana mahu beratus dinar habis membeli sebab banyak sangat pilihan barangan yang menarik. Sejak duit jatuh ni, saya mula merancang kewangan dengan lebih teliti. Seminggu hanya JOD 30 belanja maksimum sebolehnya untuk dapur dan lain-lain. Alhamdulillah berjaya juga dengan sedikit bantuan yang dihulurkan suami dari elaun yang turut diperolehinya.

Tambah lagi tahun depan lagi banyak mahu pakai duit. Duit untuk kotak kargo ke Malaysia, duit untuk bersalin (perlu dahulukan duit sendiri dahulu sebelum claim dengan UniSZA), duit sewa rumah dan perbelanjaan bulan empat memandangkan elaun KPT akan tamat pada akhir Mac depan. Berharap agar dapat viva dan selesaikan semua sebelum beranak ameen ya Rabb.

Tuesday, 22 November 2016

Tajdid iqomah limarroh akhiroh

Pagi semalam dalam jam 8.15am, kami ke balai polis  untuk tajdid iqomah suami dan anak. Dekat je pun balai polis kalau naik kereta kurang 10 minit. Dokumen perlu bawa:

-Kafil (pelajar): 
Salinan iqomah ikut bilangan ahli keluarga.
Salinan muwafaqoh dari dakhiliyyah ikut bilangan ahli keluarga.
Passport

- Ahli keluarga
Salinan passport keluar masuk, tarikh cop last iqomah.
Gambar passport sekeping.
Passport masing-masing.

Salinan hitam putih pun dah memandai. Siap dalam masa 30 minit alhamdulillah.

Beli kunafah balik dari markaz aman...





Makan malam...


Badan berangin sejak semalam. Makan ini baru lega keluar angin atas bawah kihkoh...



Makanan dua hari lepas...



Dah ambil fusul 3,4,5 dari musyrif semalam. Doktor mesej di whatspp minta datang jam 1 petang untuk ambil fusul yang telah disemak. Alhadulillah takde banyak pembetulan. Akhir bulan ini perlu hantar semua sekali dari sofhah ula sampai ke malahiq bersama dengan kompilasi fusul-fusul yang lama untuk doktor buat perbandingan kot kihkoh. Bittaufiq salwa!


Saturday, 19 November 2016

Nasi maqlubah

Lagi nasi maqlubah. Kali ni buat sempena program di rumah u.yusri. Ada sembang santai dengan tetamu dari Malaysia. Semua ahli SELAMA dijemput hadir tapi tak ramai yang dapat datang.


Selepas dirobohkan...


Sape nak jemputlah mai umah bawak ayam sekor dan beras bulat. Saya tolong masakkan saje. Kihkoh.

Thursday, 17 November 2016

Viva rakan PhD

Alhamdulillah berpeluang ke sesi viva sekaligus penganugerahan ijazah kedoktoran kepada salah seorang rakan PhD sini bertempat di majama' lugoh arabiyyah di UJ...


Saya & lubna, k.long, k.yah dan fatihah...


Berdebar-debar tengok orang munaqosyah. Terbayang-bayang turn diri sendiri camnolah pulak.

Sunday, 13 November 2016

يوم ميلاد لبنى

Hari ini genap umur lubna empat tahun alhamdulillah. Dah semakin banyak bercakap dan aktif. Tak buat majlis spesial untuknya. Ummi agak malas dan jadual hari ini perlu bertemu musyrif (supervisor). Balik dari jamiah, kami menuju ke sameh mall. Jam 2 petang jalan amat jem di tobarbur. Beli barang dapur dan turun ke bazar siniyy beli maajun (playdoh) permintaan lubna. JD 3 bersamaan RM 18 sejak duit ringgit jatuh...


Ini dah kali ke berapa beli maajun. Yang dulu abis rosak dan hilang.

Mabna tarbiyyah dari bawah jalan besar....


Kunafah beli baru ni. Ya Allah lazat betul...


Di sameh mall tadi ada bazar barangan jordan. Tapi tak menarik pun hua2. Kalau di Malaysia macam-macam ada. Tapi di sini setakat jual sabun, minyak zaitun, kraftangan kecil-kecil memang tak menarik perhatian saya. Nak beli untuk buat kenangan pun tak lalu. Kihkoh.

Binnisbah lilutruhah, doktor hanya siap semak fasol 1 & 2 sahaja. Fasol 3.4 & 5 belum siap disemak lagi. Waaa hajat minggu ni nak baiki semua nampak gayanya perlu bersabar dan mengikut style doktor musyrif. Hajat untuk viva sem ini seperti tidak kesampaian memandangkan tarikh akhir munaqosyah ialah pada 4 Januari 2017. Sedangkan segalanya perlu dihantar sebulan sebelum tarikh munaqosyah. Mengharapkan keajaiban dan aunah dari Allah.

Saturday, 12 November 2016

Nasi lemak رز دهون

Adik-adik dari jamiah WISE dan seorangnya dari jamiah Yarmouk berkunjung ke rumah pagi ini. Saya buat nasi lemak sambal bilis petai dan sambal sardin...


Cuaca dingin nasi pun cepat je jadi keras.

Dua hari ni rasa malas menjenguk utruhah. Esok janji musyrif boleh ambil fusul yang dia dah semak sepanjang minggu ini. Harap siaplah musyrif semak semua. Tak sabar dah nak membaiki sehingga siap. Doakan kami di sini.

Friday, 11 November 2016

Liqo' bersama ahli keluarga SELAMA




Alhamdulillah sekian lama tak bertemu akhirnya bertempat di rumah k.yah dan us. Yusri kami berkumpul. Dah tak ramai keluarga PhD dan adik-adik master yang tinggal memandangkan KPT telah mengambil polisi menyekat penghantaran pelajar dirosat ulya ke Jordan kerana dikatakan universiti di sini bukanlah antara top 200 universities in the world. 

Memang mereng jugaklah kalu dipiki nak pegi belajar bahasa Arab, tafsir, hadith, syariah islamiyyah dekat German, Jepun, Finland, Sweden bla bla bla demi semata ingin mendapatkan tempat di world ranking universities. Sampai sekarang kepala tak dapat menerima kebodohan-kebodohan seperti ini. Betullah kalau orang kata zaman sekarang nak jadi dot dot dot bodoh pun takpe.

Beralih kepada berita sensasi yang lain matawang ringgit jatuh lagi:(. 1 dinar Jordan sudah menyamai RM 6.20 duit kita:(. Ujian buat kami semua di sini. Hanya keluhan yang berat dan doa mampu kami lakukan semoga Allah permudahkan urusan kami semua di sini. Nak mengharapkan simpati pihak berwajib bagai bintang jatuh ke riba. Tak mengapalah sakit kerana kesempitan kos hidup di sini demi kerana ilmu, mengharapkan sinar bahagia selepas setiap ujian yang melanda.

Ya Allah yang Maha memudahkan segala urusan hambaNya, permudahkanlah urusan tesis dan vivaku nanti, begitu juga buat sahabat-sahabatku seperjuangan yang lain. Ameen.

Tuesday, 8 November 2016

Klinik Dr. Widad

Hari ni muroja'ah kehamilan dengan dr.widad lagi. Setiap bulan perlu ke sini. Scan baby dan kali ni jelas jantinanya hihihi. Alhamdulillah walad...


Bagitau suami dalam kereta dapat walad, terkezut suami sebab bulan lepas doktor jangka bint. Senyum jah suami bila dapat tahu anak lelaki. 

Alkisahnya saya tak tahu pun kena buat urine test dan cbg (cek darah) di makmal berlainan. Jadi menonong ke klinik dr.widad dan doktor pun tanya mana result test yang saya minta kamu buat bulan lepas? Terkezut kambing. Oh doktor saya ingatkan perlu buat di klinik doktor. Kah3. Jadi lepas jumpa doktor, terus ke muhktabar belakang bangunan klinik. Senang hati tengok mukhtabar lengang dan bersih. Hilang rasa gelisah kena mik darah. Bilik amik darah dan ada single sofa untuk kita duduk...


Tang ni memang jordan lebih bagus perkhidmatannya dari Malaysia. Walau pun kena bayar JD13 tapi puas hati tak perlu beratur dan serabut tengok pesakit lain. Natijah test selepas dua jam. Mujur dekat saja dengan rumah kalau jalan kaki ke klinik dan mukhtabar ni dalam 5 minit je. Tapi kami naik kereta jugak kihkoh. Dekat sangat-sangat sebab tu sayang dengan rumah ni walaupun sewa agak mahal JD 260 sebulan.

Teringat follow up kehamilan di klinik kesihatan Malaysia. Teruknyalah rasa. Nak boleh amik darah tu tension stress dulu. Nak buat di klinik swasta bukan semua klinik swasta di Terengganu boleh buat prosedur follow up kehamilan yang bermacam-macam tu. Tapi kat sini alhamdulillah setakat ni rasa mudah walau pun kadang-kadang lama kena menunggu dr.widad. Harapnya Allah mudahkan urusan kehamilan dan kelahiran anak ini ameen.

Tiramisu air tangan suamiku sayang...


Nasi ringkas..


Chicken tandoori, sy buat ayam suami buat roti nan..sedapnyelah


Selama tujuh hari mengambil masa untuk memperbaiki fasol 3,4 & 5. Esok cadangnya mahu menghantar pembaikan kepada musyrif. Hari ni nak siapkan malahiq yang berbaki. Doakan saya berjaya menyiapkan tesis dan viva sebelum bersalin inshaAllah.


Wednesday, 2 November 2016

Makan ketika di UK dan Turki

Sepanjang berada di UK dan Turki ini antara yang kami makan...


Chopstix halal!


Makanan cina yang dah lama diidam-idamkan. Yang di bawah ni 6 pound harganya ada dua jenis masakan ayam dan fried noodles di bawah. Amik ayam madu dan ayam bijan manisnya boleh tahan...



Makanan dalam turkish airline. Muak. Empat kali naik flight ni disajikan menu yang sama! teruk betul...Turkish airline memang selesa seat besar dan bersih tapi dr sudut makanan biasa saje...


Main dish ketika free tour istanbul. Kuftah (bebola daging hancur) bersos tomato dan sejemput nasi. Loya juga pada tekak. Sebelum tu dihidangkan sup tomato yang masam bersama roti, lepas main dish diberi manisan yang sangat biasa. Nama pun free kan huhuhu...


Ini menu di rumah adik saya di Derby. Kari ayam rempah pakistan pedassss..yummy


Sarapan nasi lemak sardin sebelum keluar berjalan-jalan...



Ini di Toro's Steak house. Jannah! Harga sepinggan antara 12 pound-18 pound, Portion sangat besar! Boleh makan sampai tiga kali. Sekali hadap memang tak habis...


Pinggan suami...


Laddu beli di kedai syeriff. Ya Allah dah lama teringin nak makan akhirny di UK juga dimakbulkan...



Ini di rumah kawan di Nottingham. Makan mee soto yang sedap.Alhamdulillah...


Ada lagi gambar lain kena tengok satu persatu. Kelabu mata. Dah jumpa nanti tambah lagi koleksi di sini.



Tuesday, 1 November 2016

EMJ dan wizarah dakhiliyyah (Kementerian Dalaman)

Keluar untuk urusan di EMJ jam 8.45 pagi semalam, jalan jem juga walau telah melewati waktu masuk kerja jam 8 pagi. Di sini jam 10 pgi pun masih jem pelik betul rakyat tempatan masuk kerja jam berapa sebenarnya??


Sampai di EMJ mencari kelibat mr.ziyad tapi tiada. Berulang tahun urusan ithbat awraq dilakukan oleh beliau dengan jayanya. Kali ini urusan dilakukan oleh staf Jordan lain bernama yasmeen. Teruk juga kerja staf wanita ni. Mula-mula masuk dia tanya nak buat apa? Bila bagitau nak tajdid iqomah keluarga dia kabo kena wat kat balai polis. Aik, padahal saban tahun datang EMJ dulu untuk pengesahan maklumat diri dan keluarga sebelum boleh mohon tajdid iqomah di dakhiliyyah. Siap tanya ada contoh dokumen yang saya ingin tu tak? Apa punya soalan.

Gitu gini dia buatlah sekeping surat untuk pengesahan pelajar dan keluarga. Malangnya surat tu ditujukan untuk rais jamiah! Suami yang tengok surat tu pun kabo aik bakpo kena ke jamiah pulak. Hai panas hati. Masuk dalam semula jumpa si yasmeen ni. Tapi tetap bertegas jugak dia kata kena gi mohon dengan rois jamiah. Apa kena mengena jamiah dengan ahli keluarga pelajar!! %&@#%. Tak puas hati di luar bangunan EMJ kami call kawan-kawan phd berkeluarga lain utnuk memastikan adakah qarar baru telah digunapakai. Masing-masing memberi respon urusan mereka straight ke dakhiliyyah seperti tahun-tahun lepas. Geram. Masuk semula EMJ jumpa yasmeen ni dan kabo dah call beberapa kawan dan ini bukan surat yang sepatutnya saya dapat. Ingatkan yasmeen ni nak pertahankan juga pendirian dia, kalau ya memang saya akan naik sendiri jumpa pegawai Malaysia EMJ kat atas! Geram  sungguh benda remeh jadi susah! Tapi dengan oknya dia pun kata ok saya hubungi semula pengarah kat atas dan lihat macam mana. Gitu gini akhirnya surat yang sepatutnya ditujukan pada dakhiliyyah berjaya diperolehi. Sekeping surat saje pun hmmm. Last sekali dia mohon maaf atas kesilapan. Benda macam ni tak patut buat silap melainkan tengah malas nak buat keja memang hape pun tak jadi.

Surat kebenaran tajdid iqomah untuk dakhiliyyah..


Beli shish burek dari mat'am khawali. Bebola gandum berintikan daging hancur bersama sos yogurt. masam rasanya huhuhu..Tak berapa sedap pada tekak saya. Beli ketika balik dari EMJ semalam...


Urusan di dakhiliyyah hari ni smooth dan sekejap saja alhamdulillah. Keluar jam 8.40 pagi jalan jem juga. Jam 9.10 pagi sampai di sana orang belum ramai alhamdulillah. Minta nombor giliran (Tak boleh amik sendiri) dan tunggu. Dalam masa 10 minit siap. Bayar harga rusum 10 dinar untuk dua tolab dan dapatkan surat murajaah selepas dua minggu. 15 Nov perlu hadir untuk dapatkan muwafaqoh tajdid iqomah untuk keluarga. Dokumen perlu bawa untuk urusan hari ini: Salinan iqomah saya, salinan passport saya, ithbat tolib, ithbat dari EMJ, salinan iqomah suami dan salinan passport, salinan iqomah anak dan passortnya, namuzaj tolab seperti di bawah...


Mujur semalam balik dari EMJ kami singgah kejap di dakhilyyah amik namuzaj (borang) dan isi di rumah. Jadi pagi tadi hanya ambil nombor dan tunggu dipanggil. Last tajdid untuk kami sekeluarga alhamdulillah. Tahun depan kami akan pulang ke Malaysia for good sebelum visa tamat inshaAllah.

Sebelum balik rumah singgah majdi mall beli barang keperluan. Balik rumah masak ayam masak kicap...


 Ok, mahu sambung ta'dil fasol tiga.

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...