Tuesday, 1 November 2016

EMJ dan wizarah dakhiliyyah (Kementerian Dalaman)

Keluar untuk urusan di EMJ jam 8.45 pagi semalam, jalan jem juga walau telah melewati waktu masuk kerja jam 8 pagi. Di sini jam 10 pgi pun masih jem pelik betul rakyat tempatan masuk kerja jam berapa sebenarnya??


Sampai di EMJ mencari kelibat mr.ziyad tapi tiada. Berulang tahun urusan ithbat awraq dilakukan oleh beliau dengan jayanya. Kali ini urusan dilakukan oleh staf Jordan lain bernama yasmeen. Teruk juga kerja staf wanita ni. Mula-mula masuk dia tanya nak buat apa? Bila bagitau nak tajdid iqomah keluarga dia kabo kena wat kat balai polis. Aik, padahal saban tahun datang EMJ dulu untuk pengesahan maklumat diri dan keluarga sebelum boleh mohon tajdid iqomah di dakhiliyyah. Siap tanya ada contoh dokumen yang saya ingin tu tak? Apa punya soalan.

Gitu gini dia buatlah sekeping surat untuk pengesahan pelajar dan keluarga. Malangnya surat tu ditujukan untuk rais jamiah! Suami yang tengok surat tu pun kabo aik bakpo kena ke jamiah pulak. Hai panas hati. Masuk dalam semula jumpa si yasmeen ni. Tapi tetap bertegas jugak dia kata kena gi mohon dengan rois jamiah. Apa kena mengena jamiah dengan ahli keluarga pelajar!! %&@#%. Tak puas hati di luar bangunan EMJ kami call kawan-kawan phd berkeluarga lain utnuk memastikan adakah qarar baru telah digunapakai. Masing-masing memberi respon urusan mereka straight ke dakhiliyyah seperti tahun-tahun lepas. Geram. Masuk semula EMJ jumpa yasmeen ni dan kabo dah call beberapa kawan dan ini bukan surat yang sepatutnya saya dapat. Ingatkan yasmeen ni nak pertahankan juga pendirian dia, kalau ya memang saya akan naik sendiri jumpa pegawai Malaysia EMJ kat atas! Geram  sungguh benda remeh jadi susah! Tapi dengan oknya dia pun kata ok saya hubungi semula pengarah kat atas dan lihat macam mana. Gitu gini akhirnya surat yang sepatutnya ditujukan pada dakhiliyyah berjaya diperolehi. Sekeping surat saje pun hmmm. Last sekali dia mohon maaf atas kesilapan. Benda macam ni tak patut buat silap melainkan tengah malas nak buat keja memang hape pun tak jadi.

Surat kebenaran tajdid iqomah untuk dakhiliyyah..


Beli shish burek dari mat'am khawali. Bebola gandum berintikan daging hancur bersama sos yogurt. masam rasanya huhuhu..Tak berapa sedap pada tekak saya. Beli ketika balik dari EMJ semalam...


Urusan di dakhiliyyah hari ni smooth dan sekejap saja alhamdulillah. Keluar jam 8.40 pagi jalan jem juga. Jam 9.10 pagi sampai di sana orang belum ramai alhamdulillah. Minta nombor giliran (Tak boleh amik sendiri) dan tunggu. Dalam masa 10 minit siap. Bayar harga rusum 10 dinar untuk dua tolab dan dapatkan surat murajaah selepas dua minggu. 15 Nov perlu hadir untuk dapatkan muwafaqoh tajdid iqomah untuk keluarga. Dokumen perlu bawa untuk urusan hari ini: Salinan iqomah saya, salinan passport saya, ithbat tolib, ithbat dari EMJ, salinan iqomah suami dan salinan passport, salinan iqomah anak dan passortnya, namuzaj tolab seperti di bawah...


Mujur semalam balik dari EMJ kami singgah kejap di dakhilyyah amik namuzaj (borang) dan isi di rumah. Jadi pagi tadi hanya ambil nombor dan tunggu dipanggil. Last tajdid untuk kami sekeluarga alhamdulillah. Tahun depan kami akan pulang ke Malaysia for good sebelum visa tamat inshaAllah.

Sebelum balik rumah singgah majdi mall beli barang keperluan. Balik rumah masak ayam masak kicap...


 Ok, mahu sambung ta'dil fasol tiga.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...