Alhamdulillah sekian lama tak bertemu akhirnya bertempat di rumah k.yah dan us. Yusri kami berkumpul. Dah tak ramai keluarga PhD dan adik-adik master yang tinggal memandangkan KPT telah mengambil polisi menyekat penghantaran pelajar dirosat ulya ke Jordan kerana dikatakan universiti di sini bukanlah antara top 200 universities in the world.
Memang mereng jugaklah kalu dipiki nak pegi belajar bahasa Arab, tafsir, hadith, syariah islamiyyah dekat German, Jepun, Finland, Sweden bla bla bla demi semata ingin mendapatkan tempat di world ranking universities. Sampai sekarang kepala tak dapat menerima kebodohan-kebodohan seperti ini. Betullah kalau orang kata zaman sekarang nak jadi dot dot dot bodoh pun takpe.
Beralih kepada berita sensasi yang lain matawang ringgit jatuh lagi:(. 1 dinar Jordan sudah menyamai RM 6.20 duit kita:(. Ujian buat kami semua di sini. Hanya keluhan yang berat dan doa mampu kami lakukan semoga Allah permudahkan urusan kami semua di sini. Nak mengharapkan simpati pihak berwajib bagai bintang jatuh ke riba. Tak mengapalah sakit kerana kesempitan kos hidup di sini demi kerana ilmu, mengharapkan sinar bahagia selepas setiap ujian yang melanda.
Ya Allah yang Maha memudahkan segala urusan hambaNya, permudahkanlah urusan tesis dan vivaku nanti, begitu juga buat sahabat-sahabatku seperjuangan yang lain. Ameen.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك