Sunday, 13 November 2016

يوم ميلاد لبنى

Hari ini genap umur lubna empat tahun alhamdulillah. Dah semakin banyak bercakap dan aktif. Tak buat majlis spesial untuknya. Ummi agak malas dan jadual hari ini perlu bertemu musyrif (supervisor). Balik dari jamiah, kami menuju ke sameh mall. Jam 2 petang jalan amat jem di tobarbur. Beli barang dapur dan turun ke bazar siniyy beli maajun (playdoh) permintaan lubna. JD 3 bersamaan RM 18 sejak duit ringgit jatuh...


Ini dah kali ke berapa beli maajun. Yang dulu abis rosak dan hilang.

Mabna tarbiyyah dari bawah jalan besar....


Kunafah beli baru ni. Ya Allah lazat betul...


Di sameh mall tadi ada bazar barangan jordan. Tapi tak menarik pun hua2. Kalau di Malaysia macam-macam ada. Tapi di sini setakat jual sabun, minyak zaitun, kraftangan kecil-kecil memang tak menarik perhatian saya. Nak beli untuk buat kenangan pun tak lalu. Kihkoh.

Binnisbah lilutruhah, doktor hanya siap semak fasol 1 & 2 sahaja. Fasol 3.4 & 5 belum siap disemak lagi. Waaa hajat minggu ni nak baiki semua nampak gayanya perlu bersabar dan mengikut style doktor musyrif. Hajat untuk viva sem ini seperti tidak kesampaian memandangkan tarikh akhir munaqosyah ialah pada 4 Januari 2017. Sedangkan segalanya perlu dihantar sebulan sebelum tarikh munaqosyah. Mengharapkan keajaiban dan aunah dari Allah.

2 comments:

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...