Monday, 26 December 2016

مطعم صنعاء من جديد

Hari ini ke jamiah settlekan beberapa urusan yang masih belum selesai. Robe perlu diambil bila dekat dengan tarikh muaqosyah nanti. Jumpa rois qism rupanya terdapat perubahan pada nama panel munaqosyah nanti.

Dr.kilani, Dr.toha, Dr.ayasiroh, Dr.adib merupakan panel yang terlibat nanti. Perubahan pada dr.ayasiroh. Mujur jumpa rois qism tadi kalau tak hai salah tulis nama nanti tak tahulah macam mana. 

Sesi munaqosyah di sini agak meriah dan pelajar kena urus sendiri dari bab dekorasi dan persediaan dewan. Huhu. Tapi saya akan buat yang basit sahaja, beli jus, air masak, halawiyyat sahaja untuk para panel doktor. Banner belum pasti mahu tempah atau tidak, kalau ikutkan harga banner dalam 17.50 dinar boleh tahan mahal. Saya tak tempah gambar atau video sebab rasa macam mahal 40 dinar. Suami pun kata tak payah kebetulan dia pun ikut sekali jumpa staff di jamiah tadi. Bertegas suami kata mahal mujur tak ambil sebab bila saya tanya rakan khaulah dia pun kata tak ambil kui2. Lepas ni nak tulis nama dakatiroh atas kertas pula. Macam sekolah tadika pulak rasanya. Hua2.

Selesai urusan di jamiah yang tak berapa selesai, kai ke jubeyhah menikmati samak tannur bersama khubuz mulawwah dan lahsah (telur dadar dan campuran sayur serta krim keju)...


Lubna di mabnal idarah di jamiah. Cuaca sedikit mendung padahal sebelum keluar panas mentari memancar. Rindukan matahari sejak dua hari lepas mendung dan hujan sahaja. Tak tahan sejuk hampir berputus asa.


Hasanan, mahu istirohah. Mut'abah jiddan.

Saturday, 24 December 2016

حامل في أسبوع ٢٩

Sejak malam tadi sakit-sakit badan mula terasa. Malam sudah tidak boleh tidur lena. Rasa senak, sebu, berat kepala, rabun. Penangan hamil trimeseter mula terasa. Dengan cuaca tiba-tiba sangat sejuk semalam rasa sangat tak tahan dan benci pada kesejukan. Menangis sekejap tiba-tiba sambil disaksikan lubna. Kebetulan suami ke dapur sekejap. Bila suami masuk ke bilik semula saya masih dalam keadaan sebak tak sempat mengelap air mata.

Nape nangis? Tanya suami. Tak tahan sakit badan, jawab saya. Lubna menjadi saksi. Lalu suami menyapu minyak mestika di belakang badan dan kepala saya. Memicit-micit mengurut-mengurut hingga tak sedar saya terlena sebentar. Bangun dari lena, badan rasa segar hati lebih ceria alhamdulillah. Tapi tak lama cerianya. Selang beberapa jam badan jadi sakit semula. Rasa banyak angin dalam badan bercampur senak kerana baby sudah semakin membesar dalam rahim. Sejak semalam aktif sungguh anak ummi dalam perut. Gelisah ummi pusing kiri kanan cuba untuk tidur tapi gagal. Belakang dah mula rasa sengal. Mahu tidur terlentang rasa pendek nafas. Bila mengiring lenguh tengkuk dan tulang belikat. Rasa mahu cepat pulang ke Malaysia. Tidur atas lantai rasa tidak sesuai bila kandungan semakin memberat dan membuyut. Mahu tidur di atas katil.

Lontong sayur untuk makan tengahari semalam. Agak saya ini juga mungkin menjadi punca utama badan sakit-sakit kerana penuh dengan sayuran sejuk dan berangin ditambah dengan suhu cuaca yang jatuh mendadak...


Semalam seharian mendung. Hari ni juga nampaknya begitu. Suhu di luar saya jangka dalam 4-10°c pada siang hari. Bosan bila tidak terlihat matahari. Tidak hairan orang eropah sukakan summer dan berjemur. Musim winter pada kebanykan masa menyakitkan kecuali cantiknya ketika salji memutih.

Liqo' ahli SELAMA bersama SS. Dr.Anhar Opir dua hari lepas...












Wednesday, 21 December 2016

حضور مناقشة الأطروحة لزميلتي

Sebelum masuk viva k.shila, kami makan pagi dulu di mat'am sona' kihkoh.

 سمك تنور يا سلام زاكي جدا جدا أكلنا بالخبز اسمه ملوح كبير الحجم ومجفف



عقدة دجاج مع بطاطس مسلوق ومهووس. طعمها كان لذيذا ولكن اليوم ما أعجبتنا كثيرا


الملكة وأميرتها هههه


بعد الساعة ندخل قاعة المناقشة بكل هدوء وخجل تأخرنا كثيرا نتيجة من السمك التنور المدهش


جو طبربوراليوم المشمس ولكنه بااارد، هذه الصورة في طريقنا إلى الجامعة الأردنية


الحمدلله على كل حال، مسرورة جدا بنجاح الأصدقاء والصديقات في سلسلة من مناقشات الأطروحات، بانتظار دروي في السنة القادمة إن شاء الله:)

اللقاء مع د.عبد الوهاب محاضرنا السابق في شقة سفيرة..





Tuesday, 20 December 2016

Minggu jual barang musta'mal

Sekarang minggu kami iklankan barangan rumah dan kereta untuk dijual. Habis munaqosyah nanti tak perlu pening kepala nak menjual banyak barang. Setakat ni barang yang telah dijual ialah oven, tong gas, sobah, set pinggan, meja bulat, dapur gas. Alhamdulillah.

Oklah penat. Esok tnet Akan habis. Nak kena renew baru. Kek keju air tangan suami...






Wednesday, 14 December 2016

إحساسي اليوم...

Bila dihitung-hitung tinggal beberapa minggu saja berbaki untuk viva dan pulang for good. Kalau UniSZA minta supaya balik juga dengan usia kandungan 34 minggu maka saya akan pulang akhir bulan depan. Tapi kalau diizinkan bersalin di sini makan saya akan pulang beberapa minggu selepas bersalin inshaAllah.

Jauh di sudut hati gembira dapat selesaikan viva fasol ini inshaAllah dengan izin Allah yang memudahkan urusan hambaNya. Jauh dari sudut hati juga rasa sedih perlu meninggalkan bumi Jordan ini. Hati rasa enggan masuk kerja semula. Rasa gusar dengan mehnah dan tribulasi yang telah beberapa tahun ditinggalkan sejak berada di sini.

Pulang ke Malaysia dengan ijazah kedoktoran di tangan orang akan mencari titik kesombongan kita. Pernah saya diingatkan oleh orang sekeliling agar tidak sombong bila sudah berjaya menggengam ijazah ini sementalah pula ijazah dari luar negara. Walhal hakikatnya bila beberapa kali pulang ke Malaysia saya melihat orang lain yang berubah...

Saya masih sama. Cuma lebih serius dan tidak suka bercakap perkara remeh temeh. Takde sebab untuk bongkak dengan ijazah kedoktoran dalam bidang pengajaran Bahasa Arab ini, ia tidak mampu menbuatkan saya menjadi jutawan sekelip mata. Tidak mampu menjadikan saya popular masuk dalam tv. Ia hanya batu loncatan untuk saya mengupgrade diri dan ilmu. Kerana saya tidak suka berada pada satu takuk yang sama bertahun-tahun. Rasa bosan jika tidak berjaya mencabar diri walau hakikatnya saya tidaklah kuat. Cukup haul saya akan mencari ruang lain untuk mengupgrade kehidupan saya. Lain orang lain caranya. 

Oklah, tunjuk suwar menu beberapa hari ini...



Hujan dan sejuk hari ini. Sekejap tadi baru saja hujan batu di luar. Beberapa manatiq dijangka salji minggu ini. 

Ok mau bersedia untuk solat. Ada tetamu lepas zuhur nanti.

--------

Tetamu kami hari ini ialah maisarah dan suaminya izwan. Kebetulan mereka ada urusan di tobarbur. Jamu makan tengahari...


Seronok masak dan jamu orang makan. Walaupun lauknya mungkin biasa-biasa saja kihkoh. Harap para tetamu kenyang dan suka.

Friday, 9 December 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

 بدأت باستعداد مناقشة الأطروحة اليوم رسميا

حمدا لله بعد التعب خلال الأسبوع هذا 

الأمور تبدو ماشية 

الحمدلله

Gambar menghadiri viva ustaz ghazali di UJ semalam. Alhamdulillah banyak istifadah dari komen para panel semalam. Nyesal tak bawa utruhah sekali boleh tanda point-point yang penting. Kebetulan skop kajian hampir sama.


Next munaqosyah k.shila saya nak bawa utruhah sekali dapat take note terus ulasan panel-panel munaqosyah nanti inshaAllah. 

Bila tarikh munaqosyah saya? Tungguuuu. Nanti dah nak dekat tarikhnya baru saya kabo. Kah3. Yang pasti fasol ini juga inshaAllah. Rezeki yang tidak disangka-sangka. Inilah miracle yang pernah saya sebut dalam entry yang lepas, kalau ada keajaiban maka fasol ini juga saya akan viva, الحمدلله بنعمته تتم الصالحات. Doakan dipermudahkan urusan ketika hari viva nanti inshaAllah.

Wednesday, 7 December 2016

Di jumruk Amman

Pagi ini di sini memperbaharui road tax kereta...


JD 42.50 untuk road tax
JD 47 untuk ta'min

Expire 6.5.17..kami pun dah pulanh ke Malaysia for good waktu tu. Kihkoh.

Ok penat. Makan balik tadi...


Tuesday, 6 December 2016

Toriq ila munaqosyah

Urusan di jamiah semalam memenatkan. Perlu menunggu rois qism menghubungi panel berkaitan untuk memaklumkan tarikh munaqosyah dan menempah bilik munaqosyah. Dah daapt tarikh munaqosyah ke? Ya dah dapat Alhamdulillah:). Ini salinan untuk Dr. Adib pensyarah Al-Bayt Universiti di Mafraq...


Sian suami dan anak menunggu dalam kereta. Ingatkan sekejap saje urusan tetapi tidak. Perlu naik ke mabna imadah dirosat ulya ambil borang lain pula dan turun ke maktab rois qism semula. Paling best salah seorang panel munaqosyah adalah doktor dari jamiah al-bayt di mafraq yang terletak hampir 70km dari Amman.

Jadi pagi ini keluar ke Mafraq dalam jam 10.30 pagi selepas bertemu dr.widad di klinik untuk cek rutin kehamilan. Semalam petang kami ke city mall juga untuk cari khidmat bank yang menawarkan pengeluaran wang paling maksimum dengan caj paling rendh. Penatnye malam tadi kami semua tertidur awal. Hari ini pun masih berpenat-penatan. Esok perlu ke jumruk pula untuk urusan kereta. Lusa inshaAllah lapang semula dan dapatlah menengok utruhah untuk persediaan munaqosyah nanti inshaAllah. Doakan saya!

Daud basha @ kabab hindiyy beli selepas pulang dari jamiah semalam. Sedap!


Beli nasi mandy dan maqlubah. Muak! No more nasi arab dah lepas ni intuk beberapa ketika kihkoh.


Di jamiah Al-Bayt Mafraq bertemu dr.Adib Hamdanah tadi...


Dalam perjalanan kelihatan terik mentari. Hari ni tak berapa sejuk tapi masih perlu memakai sweater sebab angin sejuk menampar-nampar jasad....



Ini fi toriq nak ke Mafraq nak isi angin saje, sekali tuan kedai kata tukarlah tayar sebab dah teruk sangat merekahnya. Dia bagi diskaun 3 biji tayar dengan harga JOD 30 untuk tayar musta'mal. Terbang duit lagi. Takpelah lagipun xpernah tukar pun lagi tiga tayar tu. Takut juga nk berjalan jauh ke Mafraq apa2 jadi susah jugak huhu...



Sini sume kena uruskan sendiri. Hatta nak taslim utruhah untuk munaqosyah pun kena bagi by hand kepada panel huhuhuhuhuhu. Kelakar kan. Kalau di Malaysia betapa manjanya kita tunggu saje sampai surat keluar. Di sini jangan harap nak bermanja-manja berurusan dengan Arab. Turun naiklah bangunan mik cop sign sume walau pun sume nampak asing sangat macam tak patut je keluar masuk pejabat sebagai tempat sulit. Kalau di Malaysia konpem kena halau tapi di sini pilah dari satu pejabat ke satu pejabat cari pegawai-pegawai berkenaan. Kalu ado nasib baik, kalu pegawai nan hado bertenggeklah tepi pintu tunggu person in charge tu sampai keh2.

Kali ini kena pegi jumpa sendiri panel2 munaqosyah. Kadang sampai ke rumah menghantar tesis hua3. Itu pengalaman sahabat yang lain. Tadi sampai ke kelas kami mencari Dr.Adib yang langsung tak pernah jumpa. Masuk jamiah Al-Bayt ni pun baru kali kedua. Mujur doktor ada di jamiah kalau tidak perjalanan 70km tu menjadi sia-sia dan terpaksalah kami minta tolong dengan sesiapa yang berada di Mafraq untuk memanjangkan naskhah tersebut. Alhamdulillah tidak perlu menyusahkan sesiapa.

Ok. Ini scan khalifah Allah pagi tadi. Kejap menguap, main tutup dan buka mata dalam perut ummi..






Sunday, 4 December 2016

تسليم الأطروحة للمناقشة والنماذج المتعقلة

Alhamdulillah alhamdulillah. Siap menghantar tesis kepada rois qism untuk ke peringkat lajnah dirosat ulya. Dengan izin Allah yang memudahkan segala urusan ini.

Makan pagi kami semalam...


Balik dari jamiah masak-masak bersama suami. Tomyam udang dan hati goreng kacang buncis...


Hati goreng kunyit tu ya Allah sedap betul, resepi air tangan suami tercinta.

Ini nuskhah tesis dan borang perlu dihantar kepada rois qism. Esok perlu hantar lagi 4 salinan untuk munaqosyah pada tarikh yang belum ditentukan lagi akhir tahun ini atau awal bulan satu tahun depan. 


Alhamdulillah.

Lusa ada murojaah kehamilan dgn dr.widad. Lusa perlu tajdid lesen kereta di jumruk. Sejak november sehingga bulan ini sangat sibuk ke sana ke mari.

Thursday, 1 December 2016

Urusan mohon Viva PhD

Ya Allah, diuji hari ini dengan kesusahan mendapatkan persetujuan untuk munaqosyah utruhah demi kerana yuran semester yang belum dibayar oleh KPT! Kisahnya bermula...

Semalam musyrif bagi green light untuk memberi perlepasan tesis untuk diviva pada semester ini. Alhamdulillah! Rasa di awang-awangan. Tapi dengan syarat perlu mohon pelepasan dari qabul wa tasjil dan idarah maliyah dulu sebelum menghantar tesis ke peringkat lajnah dirosat ulya di qism untuk penentuan tarikh munaqosyah. Tarikh akhir hantar ialah pada 4 dis ini. Perlu dapatkan sign dan segala maklumat berkaitan. Kalau lewat dari itu,memang tak dapatlah viva semester ini.

Jadi jam 10.30 pagi pergi ke qabul wa tasjil untuk mendapatkan maklumat pengajian dan tiada halangan untuk viva. Cek punya cek staff bertanggungjawab kata tak boleh mendaftar untuk viva sebab ada zimmah! Yuran semester ini belum dibayar. Mau gugur jantung. Ya Allah boleh pulak macam tu dalam masa-masa terdesak inilah muncul masalah baru. Rasa mau menangis dan marah.

Pergi ke banguna muhasabah yang terletak bersebelahan bangunan di tingkat dua. Minta pengesahan mengenai yuran yang tertangguh. Benar sekali, yuran semester ini masih belum dibayar kpt berjumlah JOD 1110! Kebiasannya yuran akan dibayar pada akhir semester. Buntu. Rasa nak menangis. Marah.

Dengan sakit hatinya sambil dalam hati menyumpah-nyumpah KPT (hua3) masuk kereta dan mengadu pada suami. Betapa marahnyalah saya saat itu sampai termarah juga pada suami. Huhu. Dalam kepala rasa serabut. Kalau tak berjaya viva semester ini, puncanya adalah kpt. Hasrat kami mahu ke sameh mall tergendala. Saya mahu pulang dulu ke rumah dan call kpt jika dapat. Rasa tak berbaloi menangguhkan viva semata-mata kelewatan kpt membayar yuran semester.

Sampai di rumah bergegas saya membuka ipad untuk membuat panggilan ke Malaysia. Walaupun jam sudah menunjukkan jam 5 petang di sana, tapi kerana sakit hati saya gigih menghubungi lagi. Terlintas di kepala untuk call beberapa rakan phd yang turut dalam proses viva juga semester ini tapi di jamiah lain.

Rakan phd menasihatkan saya menghubungi EMJ pula dan bercakap dengan u.kamaruzzaman bertugas sebagai pegawai atase di Jordan. Ustaz mencadangkan saya memaklumkan pada jamiah bahawa proses pembayaran yuran sedang berjalan dan meminta pegawai jamiah terbabit bercakap dengan pegawai EMJ kalau perlu. Jadi saya bergegas ke jamiah semula untuk menyampaikan apa yang dimaklumkan ustaz. Apa pun saya nak juga selesaikan semuanya hari ini.

Sampai di qism muhasabah, tengok staff yang bertugas sudah bertukar ganti. Aish susah jugak ni pegawai dah bertukar shif, nak kena cerita semula dari A to Z . Dalam keadaan macam ni berterabur habis semua kata-kata. Lantaklah yang penting sampai maksud. Tapi staff yang ini lebih berpengalaman, belum habis lagi saya bercakap dia meminta saya ke bangunan riasah pulak dan berjumpa dengan staff bernama morsi di maliyah dan di sana dia akan membuka syasyah untuk saya mendapatkan isthbat tolib dan keizinan mendaftar viva memandangkan saya pelajar tajaan dan mereka tahu yuran pelajar tajaan biasanya lewat dibayar pada akhir semester. Ya Allah rasa di awangan. Mula nampak jalan keluar. Kan mudah kalau staff mula-mula tu cakap macam tu. Tak perlu ke sana ke mari dengan perut membuyung sangat semput.:(

Bangunan riasah jauhnya kalau jalan kaki memang haru. Mujur ada suami dan kereta. Cari staf berkenaan yang duduk di tingkat 2. Penatnya turun naik bangunan dari qabul tasjil ke muhasabah ke rumah ke muhasabah semula ke riasah dan ke qabul tasjil semula. Setiap bangunan perlu naik tangga kecuali rumah hua2.

Mudahnya staff bernama Morsi ni membuat kerja. Tiada halangan katanya. Dicop dan disign borang yang berkaitan, terasa hilang separuh beban dan penat. Rasa malu pada diri sebab marah-marah tadi. 

Jadi pergi semula ke qabul wa tasjil. Staff yang saya jumpa tadi masih ada. Hairan dia bila saya datang semula dan memaklumkan tiada halangan untuk mendaftar kerana en.Morsi dah sign! Huhu. Terkedu dia. Owh ok kalau dia yang sign, maka tiada masalah, kata staff tersebut. Alhamdulillah! Penat tau ke sana ke mari dengan perut semakin sarat, angin bertiup kencang macam puting beliung di luar. Badan yang besar ini pun terasa hampir diterbangkan. Mujur pakai jaket kalau tidak habis jubah tudung saya terbang bersama angin dan sampah sarap.

Penat dan rasa sedih sebab terpaksa melalui semua ini. Tapi tak boleh su' zon pada Allah. Pasti ada hikmahnya. Allah bagi jalan untuk viva semester ini, patut bersyukur sangat salwa. Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu ini. Terima kasih atas setiap kesukaran, Engkau datangkan pula di sampingnya kesenangan. Ini semua ujian. Hampir saja saya mengalah tadi. Semoga selepas ini dipermudahkan road to viva ini dan berjaya lulus dengan baik, ameen ya Rabb.

Full draft tesis yang dipulangkan musyrif untuk diperbetulkan sedikit dan diprint semula untuk masuk meeting peringkat lajnah dirosat ulya di qism ahad ini bagi penentuan tarikh munaqosyah dan a'dho' yang terlibat dalam munaqosyah nanti...



Inilah borang yang menggamit seribu rasa perit. Susahnya mendapatkan kamu...


Borang kedua melibatkan qism maliyah...


Doakan saya rakan pembaca. Jika diizinkan Allah, saya akan viva semester ini inshaAllah. Doa saya agar dapat selesaikan semua sebelum melahirkan khalifah Allah pada Mac depan nanti. Jika ini yang terbaik buat saya dan keluarga.

Oh ye balik dari selesai urusan selama dua jam lebih di jamiah tadi, kami singgah ke sameh mall. Perlu membeli barangan dapur. Sampai di sameh mall saya sudah capek. Terasa pendeknya nafas. Mencari kerusi untuk melepaskan lelah tapi tiada. Jadi bergayut pada troli melepaskan segala rasa. Itu pun suami suh duk dalam troli kehkoh. Ada ke patut suamiku. Tapi kalau takde orang memang nak juga duk dalam tu sebab terasa sangat berat perut dan tegang. Padahal sudah duduk-duduk sambil melantak nasi zurbiyan dan nasi mandy di atas mall. Mungkin pembawaan ibu mengandung, badan cepat penat. Ditambah dengan drama haru di jamiah. Bertabahlah salwa. Ada banyak lagi jalan ujian selepas ini. Selagi belum pulang ke tanah iar, hadaplah segala rencah rasa di sini. Di Malaysia lain pula cabarannya. Ok mau berehat! 

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...