Saturday, 24 December 2016

حامل في أسبوع ٢٩

Sejak malam tadi sakit-sakit badan mula terasa. Malam sudah tidak boleh tidur lena. Rasa senak, sebu, berat kepala, rabun. Penangan hamil trimeseter mula terasa. Dengan cuaca tiba-tiba sangat sejuk semalam rasa sangat tak tahan dan benci pada kesejukan. Menangis sekejap tiba-tiba sambil disaksikan lubna. Kebetulan suami ke dapur sekejap. Bila suami masuk ke bilik semula saya masih dalam keadaan sebak tak sempat mengelap air mata.

Nape nangis? Tanya suami. Tak tahan sakit badan, jawab saya. Lubna menjadi saksi. Lalu suami menyapu minyak mestika di belakang badan dan kepala saya. Memicit-micit mengurut-mengurut hingga tak sedar saya terlena sebentar. Bangun dari lena, badan rasa segar hati lebih ceria alhamdulillah. Tapi tak lama cerianya. Selang beberapa jam badan jadi sakit semula. Rasa banyak angin dalam badan bercampur senak kerana baby sudah semakin membesar dalam rahim. Sejak semalam aktif sungguh anak ummi dalam perut. Gelisah ummi pusing kiri kanan cuba untuk tidur tapi gagal. Belakang dah mula rasa sengal. Mahu tidur terlentang rasa pendek nafas. Bila mengiring lenguh tengkuk dan tulang belikat. Rasa mahu cepat pulang ke Malaysia. Tidur atas lantai rasa tidak sesuai bila kandungan semakin memberat dan membuyut. Mahu tidur di atas katil.

Lontong sayur untuk makan tengahari semalam. Agak saya ini juga mungkin menjadi punca utama badan sakit-sakit kerana penuh dengan sayuran sejuk dan berangin ditambah dengan suhu cuaca yang jatuh mendadak...


Semalam seharian mendung. Hari ni juga nampaknya begitu. Suhu di luar saya jangka dalam 4-10°c pada siang hari. Bosan bila tidak terlihat matahari. Tidak hairan orang eropah sukakan summer dan berjemur. Musim winter pada kebanykan masa menyakitkan kecuali cantiknya ketika salji memutih.

Liqo' ahli SELAMA bersama SS. Dr.Anhar Opir dua hari lepas...












No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...