Wednesday, 14 December 2016

إحساسي اليوم...

Bila dihitung-hitung tinggal beberapa minggu saja berbaki untuk viva dan pulang for good. Kalau UniSZA minta supaya balik juga dengan usia kandungan 34 minggu maka saya akan pulang akhir bulan depan. Tapi kalau diizinkan bersalin di sini makan saya akan pulang beberapa minggu selepas bersalin inshaAllah.

Jauh di sudut hati gembira dapat selesaikan viva fasol ini inshaAllah dengan izin Allah yang memudahkan urusan hambaNya. Jauh dari sudut hati juga rasa sedih perlu meninggalkan bumi Jordan ini. Hati rasa enggan masuk kerja semula. Rasa gusar dengan mehnah dan tribulasi yang telah beberapa tahun ditinggalkan sejak berada di sini.

Pulang ke Malaysia dengan ijazah kedoktoran di tangan orang akan mencari titik kesombongan kita. Pernah saya diingatkan oleh orang sekeliling agar tidak sombong bila sudah berjaya menggengam ijazah ini sementalah pula ijazah dari luar negara. Walhal hakikatnya bila beberapa kali pulang ke Malaysia saya melihat orang lain yang berubah...

Saya masih sama. Cuma lebih serius dan tidak suka bercakap perkara remeh temeh. Takde sebab untuk bongkak dengan ijazah kedoktoran dalam bidang pengajaran Bahasa Arab ini, ia tidak mampu menbuatkan saya menjadi jutawan sekelip mata. Tidak mampu menjadikan saya popular masuk dalam tv. Ia hanya batu loncatan untuk saya mengupgrade diri dan ilmu. Kerana saya tidak suka berada pada satu takuk yang sama bertahun-tahun. Rasa bosan jika tidak berjaya mencabar diri walau hakikatnya saya tidaklah kuat. Cukup haul saya akan mencari ruang lain untuk mengupgrade kehidupan saya. Lain orang lain caranya. 

Oklah, tunjuk suwar menu beberapa hari ini...



Hujan dan sejuk hari ini. Sekejap tadi baru saja hujan batu di luar. Beberapa manatiq dijangka salji minggu ini. 

Ok mau bersedia untuk solat. Ada tetamu lepas zuhur nanti.

--------

Tetamu kami hari ini ialah maisarah dan suaminya izwan. Kebetulan mereka ada urusan di tobarbur. Jamu makan tengahari...


Seronok masak dan jamu orang makan. Walaupun lauknya mungkin biasa-biasa saja kihkoh. Harap para tetamu kenyang dan suka.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...