Tuesday, 6 December 2016

Toriq ila munaqosyah

Urusan di jamiah semalam memenatkan. Perlu menunggu rois qism menghubungi panel berkaitan untuk memaklumkan tarikh munaqosyah dan menempah bilik munaqosyah. Dah daapt tarikh munaqosyah ke? Ya dah dapat Alhamdulillah:). Ini salinan untuk Dr. Adib pensyarah Al-Bayt Universiti di Mafraq...


Sian suami dan anak menunggu dalam kereta. Ingatkan sekejap saje urusan tetapi tidak. Perlu naik ke mabna imadah dirosat ulya ambil borang lain pula dan turun ke maktab rois qism semula. Paling best salah seorang panel munaqosyah adalah doktor dari jamiah al-bayt di mafraq yang terletak hampir 70km dari Amman.

Jadi pagi ini keluar ke Mafraq dalam jam 10.30 pagi selepas bertemu dr.widad di klinik untuk cek rutin kehamilan. Semalam petang kami ke city mall juga untuk cari khidmat bank yang menawarkan pengeluaran wang paling maksimum dengan caj paling rendh. Penatnye malam tadi kami semua tertidur awal. Hari ini pun masih berpenat-penatan. Esok perlu ke jumruk pula untuk urusan kereta. Lusa inshaAllah lapang semula dan dapatlah menengok utruhah untuk persediaan munaqosyah nanti inshaAllah. Doakan saya!

Daud basha @ kabab hindiyy beli selepas pulang dari jamiah semalam. Sedap!


Beli nasi mandy dan maqlubah. Muak! No more nasi arab dah lepas ni intuk beberapa ketika kihkoh.


Di jamiah Al-Bayt Mafraq bertemu dr.Adib Hamdanah tadi...


Dalam perjalanan kelihatan terik mentari. Hari ni tak berapa sejuk tapi masih perlu memakai sweater sebab angin sejuk menampar-nampar jasad....



Ini fi toriq nak ke Mafraq nak isi angin saje, sekali tuan kedai kata tukarlah tayar sebab dah teruk sangat merekahnya. Dia bagi diskaun 3 biji tayar dengan harga JOD 30 untuk tayar musta'mal. Terbang duit lagi. Takpelah lagipun xpernah tukar pun lagi tiga tayar tu. Takut juga nk berjalan jauh ke Mafraq apa2 jadi susah jugak huhu...



Sini sume kena uruskan sendiri. Hatta nak taslim utruhah untuk munaqosyah pun kena bagi by hand kepada panel huhuhuhuhuhu. Kelakar kan. Kalau di Malaysia betapa manjanya kita tunggu saje sampai surat keluar. Di sini jangan harap nak bermanja-manja berurusan dengan Arab. Turun naiklah bangunan mik cop sign sume walau pun sume nampak asing sangat macam tak patut je keluar masuk pejabat sebagai tempat sulit. Kalau di Malaysia konpem kena halau tapi di sini pilah dari satu pejabat ke satu pejabat cari pegawai-pegawai berkenaan. Kalu ado nasib baik, kalu pegawai nan hado bertenggeklah tepi pintu tunggu person in charge tu sampai keh2.

Kali ini kena pegi jumpa sendiri panel2 munaqosyah. Kadang sampai ke rumah menghantar tesis hua3. Itu pengalaman sahabat yang lain. Tadi sampai ke kelas kami mencari Dr.Adib yang langsung tak pernah jumpa. Masuk jamiah Al-Bayt ni pun baru kali kedua. Mujur doktor ada di jamiah kalau tidak perjalanan 70km tu menjadi sia-sia dan terpaksalah kami minta tolong dengan sesiapa yang berada di Mafraq untuk memanjangkan naskhah tersebut. Alhamdulillah tidak perlu menyusahkan sesiapa.

Ok. Ini scan khalifah Allah pagi tadi. Kejap menguap, main tutup dan buka mata dalam perut ummi..






No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...