Tuesday, 12 May 2020

Iftar bersama mak abah setelah PKPB

Bila kerajaan umumkan PKP bersyarat dan kerajaan Terengganu terima, kami pun pakat balik ke rumah mak abah di Marang untuk iftor kali pertama bersama tahun ini. Sederhana sahaja juadah kami. Yang seronok dapat solat berjemaah dan tadarus sama-sama.


Dua malam saja bermalam. Minggu ni inshaAllah kalau suami sihat kami balik lagi. Sejak Jumaat lepas tiba-tiba suami diserang batu karang. Hari ni sakit semula setelah beberapa hari reda. Demam sekali semalam. Bila pasangan tak sihat mood jadi tak best sebab risau kalau semakin teruk sakitnya. Penat pun ye sebab terpaksa menjaga pasangan dan anak berseorangan. Mujur jumaat baru ni ada di rumah abah jadi abah drive suami ke bahagian kecemasan HSNZ.

Saya pulak sekarang dah makin sarat. Hujung Mei ni cukup 7 bulan inshaAllah. Baby pun banyak bergerak. Puasa masih penuh di sebalik beberapa hari yang terasa sangat lemah dan haus yang teramat. Betullah orang cakap bila puasa tengok botol sabun pun rasa terliur sebab dahaga. Tak pelik kalau di negara bergolak rakyat sanggup makan rumput dan daun serta bangkai sebab terlalu lapar😔.

Anakanda Lubna sempat berpuasa empat hari sahaja. Beberapa hari lepas akibat terlalu lapar walau pun dah bersahur dia muntah lewat tengahari. Jadi saya dan suami rasa cukuplah latihan puasa tuk anak kecil ini. Tahun depan pula darjah tiga tambah lagi jumlah hari puasa inshaAllah. Risau kalau gastrik.






2 comments:

  1. شفاه الله شفاء عاجلا

    ReplyDelete
    Replies
    1. شكرا فردوس
      الحمدلله بعد الأسبوعين تحسن

      Delete

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...