Seperti yang dijanjikan saya mula mencatat perbelanjaan harian bermula pada 19 April 2020 sehingga 19 Mei 2020. Catatan saya lakukan di excel. Perit jugalah sebab tak pernah sedisplin ini mencatat perbelanjaan.😂. Tapi kerana nak tahu juga jumlah lebih tepat perbelanjaan harus juga merajinkan diri.
Jumlah perbelanjaan harian sepanjang 30 hari ini ialah RM3596. Mungkin ada terlebih terkurang beberapa ringgit. Sejumlah RM1106 dari perbelanjaan tersebut adalah bayaran insurans kereta. Maknanya lebih kurang RM2500 belanja harian merangkumi makanan, minyak kereta dan barang rumah. Jimat sikit je berbanding sebelum PKP😂.
Lebihan wang akan dimasukkan ke TH. Walau pun sudah ada potongan automatik tetapi kerap juga melazimkan diri untuk transfer sendiri bila ada lebihan wang gaji. Rasa lega bila dapat simpan lebih. Menyimpan adalah satu kepuasan buat saya, kemudian baru rasa senang hati untuk berbelanja.
Oklah aktiviti Ramadhan seperti biasa. Berbuka di rumah mak. Saya masak sambal sotong dan cendawan...
Kepingin kek secret recipe...choc indulgance, xmau slice nak sebiji terus...
Kek lagi, victoria sandwich cake..sebiji jugak puas hati. Nak bawa rumah mak. Beli di payak cafe depan ILP..sedap sangat harga RM100 untuk 1.6kg...
Kari ikan gerong...
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك