Wednesday, 16 October 2024

Sempena lubna hafaz 30 halaman al-Quran..

Janji yang ditepati..Berjanji dengan Lubna setiap 10 ms Quran yang dia dah hafal saya akan belanja makan. Jadi malam tadi bawa ke AMZ seafood di Durian Burung belanja makanan western..


Ummi walid doakan lubna berjaya dunia akhirat...berjaya menjadi hafizah yang menjaga al-Quran dan hati serta diri dari maksiat. Terhindar dari bahaya dan kejahatan manusia. Menjadi insan yang tenang dan sabar. Amiin ya Rabb.

Adik-adik tumpang manfaat...


Chicken Grilled Burger with spicy sauce..sedap dan besar ..RM20


Chicken chop..besar juga puas hati..RM18..


Nasi goreng tomyam..biasa saja..RM8+1.50...


Wedges..besar..RM9..puas hati..




Kali kedua datang ke sini..sangat puas hati.. tempat pun lapang dan tenang. Kata dengan suami boleh pegi setiap bulan nampaknya sini. Sekali makan satu keluarga dalam RM100++.


Tuesday, 15 October 2024

Cuti sabatikal 9 bulan..Rasa hati..


Nikmatnya ya Allah..rasa sudah lama tidak setenang ini. Rasa lebih tersusun. Rasa bahagia. Alhamdulillah atas nikmatnya..tidak kaya tidak apa asalkan tenang begitulah perasaannya. Sejak bercuti yang hampir 15 hari saya kemas meja semula. Angkut pc dari pejabat bawa balik ke rumah. Pc saya sendiri bukan pc ofis. Di ofis dah xde komputer dibekalkan kepada pensyarah setelah beberapa tahun. Komputer lama milik universiti yang diberi pada setiap pensyarah sebelum ini telah lama dilupuskan sebab dah usang dan slow. Meja kerja saya untuk menulis setiap hari inshaAllah...




KPI yang saya perlu capai ialah 2 penerbitan scopus. Tapi saya ada KPI sendiri juga yang belum tercapai setelah sekian lama. Tugasan kerja sangat menghimpit hingga agak mustahil untuk menyiapkan buku sendiri. KPI saya sendiri ialah 1 buku karya asli, 1 buku bertema dan 2 scopus KPI wajib universiti.

emasa unisza yang sudah dicatat cuti sabatikal...


Perancangan saya sepanjang 9 bulan..


Nikmat Allah yang perlu disyukuri. Alhamdulillah.






Monday, 14 October 2024

Kelantan 1 malam

Perancangan yang tidak dirancang. Rasa dah lama tak balik kelate jadi pakat dengan suami balik semalam sahaja. Aa yang seronok di Kelantan adalah makanannya. Antara yang kami sempat pergi..

Sup dan nasi kurang sedap pada tekak. Yang lain ok. Ini di warung bonda di Rantau Panjang.

Kalau ke RP tak sah tak makan aiskrim baba. Saiz ini RM3..sedap betul..
Ayam D'apple. Sedap sungguh macam kfc. Gambar takde tunggu suami send belum send lagi.

Nasi berlauk malam sudin kobis. Biasa saje rasanya. Nape viral ye. Confuse. Sedap lagi nasi berlauk di Besut yang tak sempat nak makan baru ni sebab kedainya tutupšŸ˜­.


Tuesday, 8 October 2024

Servis expander 40k mileage

Hantar kereta untuk servis 40000km di SC kemudian jalan kaki ke naskeen cafe berdekatan seberang jalan. Sarapan pagi dah macam makan tengahari...RM43+RM27(kek)


Sedap. Kali kedua ke sini. Bersama suami peneman setia.

Menunggu di SC selepas sejam setengah makan di naskeen...kereta siap dalam masa dua jam alhamdulillah..

Jumlah servis semua sekali RM717. Major servis. Parak duit bulanan ni macam2 perbelanjaan. Bateri expander pun kena tukar dah low katanya. Suami kata tukar di kedai luar yang biasa kami pergi.

Saturday, 5 October 2024

Anugerah Akademik Universiti 2024

Buku bertema terbitan kami menerima anugerah terbitan sains sosial dan kemanusiaan sempena AKS UniSZA 2024..


Bersama ahli fakulti yg turut menerima APC..

Rezeki yang tidak disangka. Alhamdulillah.

Friday, 4 October 2024

Lapor diri cuti sabatikal di USIM

Bergerak ke Melaka pada 30/9 Isnin jam 11 pagi dan sampai jam 5+- petang di rumah adik alhamdulillah. Dijamu sup tulang dan siakap goreng sos tiga rasa..

Rumah adik banyak berubah. Suami isteri suka mendeko dan mengemas. Walau rumah tidak begitu besar tapi rasa luas dan lapang.

Keesokan hari tinggal anak2 dengan adik ipar, saya dan suami bergerak ke USIM. Suami setia drive alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan abang dan dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Sampai di USIM dalam jam 9 pagi. Perjalanan dari Melaka 88km dalam sejam 10 minit.

Bertemu SV PM Dr Nurkhamimi di pejabatnya selepas melapor diri dengan TDPI..

Bangunan baru best pula. Cuma jenuh juga menunggu lif kalau hari sibuk ye. Kebetulan saya datang masa sem pendek pelajar masih bercuti.

Naik menara Taming Sari. Saya saje yang naik dengan anak2 dan anak saudara. Gayat tapi seronok. Sejuk ada aircond dalamnya...
Dewasa RM20..kanak2 RM15. Sedikit mahal sebab naik dalam 10 minit je rasa.

Pemandangan dari atas..

Makan asam pedas Melaka tapi xberaa sedap sebab agak masam...ikan pari RM12 seketul kemain ye harganya..

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...