Tuesday, 15 October 2024

Cuti sabatikal 9 bulan..Rasa hati..


Nikmatnya ya Allah..rasa sudah lama tidak setenang ini. Rasa lebih tersusun. Rasa bahagia. Alhamdulillah atas nikmatnya..tidak kaya tidak apa asalkan tenang begitulah perasaannya. Sejak bercuti yang hampir 15 hari saya kemas meja semula. Angkut pc dari pejabat bawa balik ke rumah. Pc saya sendiri bukan pc ofis. Di ofis dah xde komputer dibekalkan kepada pensyarah setelah beberapa tahun. Komputer lama milik universiti yang diberi pada setiap pensyarah sebelum ini telah lama dilupuskan sebab dah usang dan slow. Meja kerja saya untuk menulis setiap hari inshaAllah...




KPI yang saya perlu capai ialah 2 penerbitan scopus. Tapi saya ada KPI sendiri juga yang belum tercapai setelah sekian lama. Tugasan kerja sangat menghimpit hingga agak mustahil untuk menyiapkan buku sendiri. KPI saya sendiri ialah 1 buku karya asli, 1 buku bertema dan 2 scopus KPI wajib universiti.

emasa unisza yang sudah dicatat cuti sabatikal...


Perancangan saya sepanjang 9 bulan..


Nikmat Allah yang perlu disyukuri. Alhamdulillah.






No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...