Wednesday, 16 October 2024

Sempena lubna hafaz 30 halaman al-Quran..

Janji yang ditepati..Berjanji dengan Lubna setiap 10 ms Quran yang dia dah hafal saya akan belanja makan. Jadi malam tadi bawa ke AMZ seafood di Durian Burung belanja makanan western..


Ummi walid doakan lubna berjaya dunia akhirat...berjaya menjadi hafizah yang menjaga al-Quran dan hati serta diri dari maksiat. Terhindar dari bahaya dan kejahatan manusia. Menjadi insan yang tenang dan sabar. Amiin ya Rabb.

Adik-adik tumpang manfaat...


Chicken Grilled Burger with spicy sauce..sedap dan besar ..RM20


Chicken chop..besar juga puas hati..RM18..


Nasi goreng tomyam..biasa saja..RM8+1.50...


Wedges..besar..RM9..puas hati..




Kali kedua datang ke sini..sangat puas hati.. tempat pun lapang dan tenang. Kata dengan suami boleh pegi setiap bulan nampaknya sini. Sekali makan satu keluarga dalam RM100++.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...