Friday, 4 October 2024

Lapor diri cuti sabatikal di USIM

Bergerak ke Melaka pada 30/9 Isnin jam 11 pagi dan sampai jam 5+- petang di rumah adik alhamdulillah. Dijamu sup tulang dan siakap goreng sos tiga rasa..

Rumah adik banyak berubah. Suami isteri suka mendeko dan mengemas. Walau rumah tidak begitu besar tapi rasa luas dan lapang.

Keesokan hari tinggal anak2 dengan adik ipar, saya dan suami bergerak ke USIM. Suami setia drive alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan abang dan dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Sampai di USIM dalam jam 9 pagi. Perjalanan dari Melaka 88km dalam sejam 10 minit.

Bertemu SV PM Dr Nurkhamimi di pejabatnya selepas melapor diri dengan TDPI..

Bangunan baru best pula. Cuma jenuh juga menunggu lif kalau hari sibuk ye. Kebetulan saya datang masa sem pendek pelajar masih bercuti.

Naik menara Taming Sari. Saya saje yang naik dengan anak2 dan anak saudara. Gayat tapi seronok. Sejuk ada aircond dalamnya...
Dewasa RM20..kanak2 RM15. Sedikit mahal sebab naik dalam 10 minit je rasa.

Pemandangan dari atas..

Makan asam pedas Melaka tapi xberaa sedap sebab agak masam...ikan pari RM12 seketul kemain ye harganya..

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...