Sunday, 2 February 2014

Tujuan utama: PhD

Kadang-kadang sgt mudah hilang fokus & tujuan utama datang ke Jordan. Apa tujuannya?

1) habiskan subjek kelas dengan jayanya.
2) rangka proposal & fasal dua:itor nazoriyy.
3) baca buku2, artikel utk persediaan imtihan kafaah, tesis, viva.
4) belajar bertutur bahasa Arab sebaik mungkin.

Sekarang hampir 4 bulan 1/2 berada di Jordan. Mood belajar wkt mula2 sampai adlh 0..ya memang kosong spnjg pengajian sem lepas. Dengan gigihnya paksa hati utk suka hidup di sini, suka belajar di sini. "Kerana sukakan bahasa Arab saya datang" Hari2 ingatkan diri dgn moto ni.

Tak senang hidup di perantauan. 3 bulan pertama adalah masa yg paling mencabar. Proses asimilasi dgn budaya baru & kehidupan baru yg serba kekurangan. Nak bina mood belajar dlm kelas yg rasa asing dari kebiasaan. Di sini, dapat merasa menjadi bodoh dlm kelas, merasa spt makhluk asing bila jd perhatian, merasa miskin bila duit elaun dh habis beli belanja dapur beratus2 inggit pdhl cukup utk seminggu je makannya. Alhamdulillah atas nikmat ini. Klu xmerantau xkan pernah rasa. Pasti ada hikmahnya. 

Sekarang paling kurang dah ada 20% mood utk belajar & membaca. Walau pun masih rungsing kelas tengah bulan 2 ni balik malam sorang2. Berserah pd Allah yg memudahkan urusan saya. Xlarat nak bersedih & rungsing. 

Teruskan perjuangan salwa. InshaAllah Allah ada dan Dia lebih besar dari segala masalah yg ada. Gembiralah spy orang2 tersayang di sisi juga gembira. Mereka gembira, saya pun gembira. Saya gembira, sume gembira. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...