Tuesday, 11 February 2014

Usrah mutazawwijat sweileh

Minggu ni ada banyak aktiviti sebelum memencilkan diri sepanjang semester bermula. Pagi tadi dari jam 9-1 petang kami berkumpul di rumah k.husna (pelajar phd tafsir UJ) utk sesi halaqah bersama para ibu di bandar Amman. Xramai pun kami kat sini. Tapi cukuplah utk buat gathering, berusrah, berborak bersama.

Tajuk hari ni tentang isi surah al-nur (pembentang: ida plajar master) & kupasan tentang pendidikan mental anak2 (pembentang:seha pelajar degree). Kat sini student degree malaysia mmg ada yg dh bkahwin sesama student tapi tpaksa duduk asing2 suami isteri. Kekangan kewangan nak bayar sewa itu ini, baik duk umah sewa dgn kawan2 pling kurang boleh kongsi byr sewa umah. Tpaksalah mereka berkorban perasaan utk sementara. 

Oklah, jom tengok gambar..





Seronok jgklah borak2 kongsi citer. Cakap2 dgn hanilah (pelajar phd b.arab UJ) tadi, kami berkongsi kesusahan yg sama. Rasa takut utk pg kelas berseorangan kt sini. Tambah lagi bila kelas abis malam lps isyak, mmglah xbes sorang2. Gelap, sejuk, perasaan yg sgt xbes. 

Akhirnya hanilah kata, dia akn kluar ikut housemate dia student degree pg kelas. Kdg2 kul 10 pagi dah kluar ikut diorg sdgkn kelas dia kul 3.30ptg. Balik pulak budak2 tu akn tunggu dia dgn study di library. Sedih jgk dgr citer dia. Dia pun sedih dgr citer saya pasal pegi balik kelas. Mmg sukar klu xde keta. Lg sukar kalau kita pompuan yg belajar, sorang2. Saya citer kt hanilah dh pakat dgn suami lps ni sblum kelas sy abis, dlm kul 5.30 pas magrib suami ngn lubna akn kluar naik teksi jemput saya. Dia pun setuju dgn cdgn sy ngn suami. Sama2 rasa xbesnya pegi balik kelas sorang2 naik teksi & bas, malam2 pulak tu.

Terima kasih abang sbb sudi amik awa wlupun awa tahu susahnya nk kuar mlm2 dgn lubna, cuaca yg sejuk satu perkara, nak bcakap dgn driver teksi arab satu perkara. Semoga suami sy berjaya dgn misi kami ini! 





No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...