Kelas sepatutnya dgn dr. Tahani diganti dgn dr.hamdan.
One of the worst nightmare yg pernah sy alami.
Sedih. Buntu. Sakit hati. Benci. Sesal. Marah.
Berjam2 sy menangis sebaik pulang dr kelas maghrib tadi.
Sebelum solat. Selepas solat. Ketika ingin mmbaca al-quran sy menangis lagi hingga xmampu mbaca dgn kuat sy hanya membaca dgn berbisik. Ketika minum milo dgn suami & anak, air mata sy menjadi begitu murah. Gugur jatuh tanpa dipaksa. Rasa spt dipukau.
€#&!?/!...Mana mungkin menukar doktor pada minggu ketiga pengajian sesuka hati. Siapa yg pelajar pilih itu yg patut dikekalkan. Tapi di sini qaror dan nizom berubah sesuka hati. Bangsa Arab xkan pernah maju. Banyak yg bodoh sombong drpd yg cerdik.
Memilih belajar b.Arab dan memilih berada di sini......Kadang kala dijentik rasa putus asa...(Harus tajdid niat)
Terlajak kata mn mungkin ditarik balik. Terlajak berada di sini mana mgkn sy berpatah balik...
Penat memujuk diri sendiri. Hari2 mendung akn tetap mendatang...
Mungkin imtihan kafaah tpaksa sy tangguhkan fasol ini. Minggu2 pengajian sem ini tidak akan menjadi mimpi indah. Andai dikira 168 jam/seminggu, umpama 100 jam adalah masa persediaan perlu diperuntukkan utk kelas ini. Entahlah...
Lubna yg semakin lincah di rumah. Ditambah terpaksa menerima hakikat mengadap 3 jam kelas dgn doktor itu tiap2 minggu. Benar2 membenihkan rasa putus asa...betapa saya berlari menjauhinya tapi siapa sangka sebegini mudah ia berlaku.
Sukar utk menggambarkan dgn kata2. Perasaannya hanya Allah yg tahu. Rasa jauh hati dgn takdir Allah ini......
Jam 11 mlm masih melayan perasaan. Tidak spt hari2 yg berlalu sy begitu bersemangat mengulang-kaji pd saat ini. Hanya Allah sebaik2 pembalas...
Kelas takhtit manahij yg diambilalih oleh dr.hamdan...
Patutlah dia ambil alih kelas ni sebab ada tiga kelas dia yg terpaksa dibatalkan sebab xde student yg daftar. Tengok arab sendiri pun enggan amik dgn dia klu amik pun sbb terpaksa dia sorang je yg ajar madah tu. Macam2 repot dah student buat ttg cara dia mengajar dlm kelas tp xde perubahan jgk nampaknya doktor ini. Setiap sem pasti ade kelas dia yg kena ilgho' (batal) sebab student drop atau mmg xde yg mendaftar.
Entahlah...ujian...
------
Beli tong gas baru hari ini.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك