Friday, 27 March 2015

Negara-negara Arab yg bergolak

Semalam Arab Saudi dgn rasminya melancarkan serangan tempur terhadap puak ekstrimis syiah di Yemen. Ada lagi beberapa negara Arab yg akan turut serta dlm misi ini termasuk Jordan.      

Bercakap ttg ini Jordan mmg mempunyai kekuatan ketenteraan yg agak cekap. Di kawasan perumahan rumah kami hampir kebanyakan jiran adalah askar atau bekas askar. Kalau lalu beberapa kilometer dr tobarbour ini ade kem latihan askar serta pusat pentadbirannya yg dipagari pagar kawat elektrik. Luasnya saujana mata memandang. Mgkn menjadi tmpt askar2 mereka berlatih menembak juga. Yg mendekati kawasan tersebut tanpa alasan munasabah pasti akan ditembak. Kui3.

Jadi tidak hairan sekiranya Jordan turut menghantar tenteranya utk menawan syiah yg semakin melampau di yemen serta isis di syiah. Lihat sj selepas tragedi pembunuhan pilot jordan di syria oleh pihak isis, jordan terus mengambil tindakan berani membunuh pengikut isis yg ditahan di penjara jordan dan menyerang balas puak isis di syria.

Satu perkara yg sy pelik ialah reaksi penduduk jordan sekitar. Di universiti tiada doktor yg bercakap ttg ini, di kawasan kejiranan tiada jiran yg komen ttgnya atau menyatakan kebimbangan terhadap apa yg berlaku. Sedang jordan dikelilingi oleh negara2 arab yg sedang bergolak mahupun berperang. Sedangkan kami rakyat msia di sini telah diingatkan beberapa kali oleh pegawai kedutaan agar bersedia dgn passsport dan sgla dokumen penting sekiranya perlu meninggalkan negara ini sekiranya tercetus keganasan.

Terdapat ancaman di pasarraya besar jordan akan pengebom berani mati yg sasarannya adalah warga  Amerika. Tapi sy lihat org jordan masih tidak takut. Menjalani kehidupan harian spt biasa. Pelik. Adakah mereka betul2 berani? Atau sebenarnya tenggelam dlm dunia masing2 dan tidak mengetahui ttg dunia luar???


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...