Sunday, 1 March 2015

شراءالكتب في العبدالي

Hari ni xde kelas. Jadi plan ke rumah k.long di Jubayhah (lebih kurang 20 minit pjlnn naik kereta) utk hantar laptop yg suami siap baiki. Kemudian menuju ke Abdali utk beli buku bagi kelas fasol ini.


Di halaman bawah syaqqah k.long...


Cuaca nampak panas tapi anginnya sejuk. Sedap dan nyaman.


K.long jamu nasi putih dan sambal sotong sbgi menu utama. Amboi sedapnya perut pun kenyang. Kami suka betul makan kat umah orang, lagi2 kalau dapat makan berat. Hik2. Xkisahlah masak apa pun. Home-cooked meal semuanya sedap pada tekak kami terutamanya saya.


Siap menyantap di rumah k.long kami terus ke Abdali selepas drop k.long di  jamiah urduniyyah yg dekat dgn rumahnya. Buku2 yg ada..rambang mata...


Balik dr membeli buku tiba2 rasa nak menyinggah di city mall. Hajat hati nak beli ikan tenggiri. Teringin sangat2 nak  makan ikan tenggiri masak asam pedas tumis. Malangnya hari ni di city mall xde ikan tenggiri. Padahal sblm ni setiap kali pergi mesti ada ikan tenggiri. Yang pasti harganya sgtlah mahal itu yg xberapa nak beli. Tapi hari ini bila nak beli, ikan pulak xde. Isk3.

Apa lagi bila dh sampai city mall beli itu ini xpadan dgn elaun xmasuk lagi. Xpe kredit card kan ade. Huaaa. Beribu-riban dah hutang credit card gara2 kelewatan ESH.  Esok nak call semula JPT bercakap dgn Cik Hafizah di bahagian SLAB/SLAI.

Sampai umah lepas maghrib sy masak sikit nasi putih dan asam pedas tumis ikan sea bream..


Kat umah ni xde blender,chopper je yg ada. Kasarlah sikit bahan kisan bawang dan cili kering. Nak kena beli blender jgk ni nmpk gayanya. Teringat blender di Msia. Isk3.

Ok, itu shj laporan hari ini.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...