Jawapan kepada soalan di atas adalah membuat tesis macam biasa sahaja. Takde nak asing bilik belajar dari bilik tidur. Hanya mengharapkan belas ehsan suami menjaga lubna dan simpati lubna terhadap saya ketika sibuk mencurahkan idea.
Tak gemar membaca dan menulis di library. Suasana yang sunyi dan rasmi membantutkan idea dan membunuh rasa santai pada apa yang dibaca. Lagi pula malas mahu berangkut segala perkakas keluar dari rumah semata-mata untuk menulis! Belum sampai jamiah agaknya sudah penat menyiapkan segala. Sampai library mungkin berangan atau sibuk tengok orang pula. Tak payah mengada-ngada. Duk sajelah di rumah tu. Pandai-pandailah bawa diri. Tu nasihat untuk diri saya, lain orang lain cara.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك