Alhamdulillah berjaya melaksanakan pilot study terhadap dua orang pelajar markaz lughah di sini. Banyak juga details adawat yang perlu dibaiki nampaknya. Memerlukan sekurangnya lagi 8 orang untuk pilot study ini. Alllah permudahkan inshaAllah. Hujung minggu ini akan jemput dua orang lagi pelajar markaz lughah di sini inshaAllah.
Tujuan pilot study ni untuk melihat kebolehfahaman soalan dan kebolehbacaan teks yang akan digunakan ketika ujian sebenar bersama sampel kajian nanti.
Jamu awatif dan mahirah nasi mandy...
Tergelak-gelak muqobalah dengan diorang ni. Kih3. Kelakar diorang ni.
Penatnya.
-----
Semalam menerima emel balasan knisak yang PPI tiada halangan untuk saya menjalankan kajian di sana alhamdulillah. Menunggu Respon dari Unit latihan Jangka Panjang dan surat dari WISE tak siap-siap lagi sampai sekarang. Berjanggutlah menunggu. Apapun saya akan balik dan masuk 'makmal' bulan enam in juga memandangkan sudah menerima green light dari PPI, inshaAllah.
-----
Kebetulan terbuka blog dan terbaca tulisan Dr. OT tentang pilot study ni:
Pre-test (focus group) VS Pilot tests
1. Pre-test / focus group Pre-test dijalankan selepas qnaire melalui proses validation bersama expert dan psychometrician. Oleh kerana expert dan psychometrician hanya memberi pandangan dan pendapat terhadap item, perlu dilakukan ujian dengan pre-test / focus group utk menjawab item2 tersebut. Pre-test tidak mementingkan sample dari kajian sebenar. Pre-test dilakukan dalam keadaan face to face secara individu atau berkumpulan (juga dipanggil fokus group). Jika secara individu dan bukan face to face, maka ruangan komen disediakan dalam qnaire utk diisi oleh individu tersebut. Anda boleh sahaja mengumpulkan 5, 6 orang peers (focus group) dan minta mereka melengkapkan qnaire anda sambil bertanyakan apa2 masalah dalam menjawab setiap item dalam satu kumpulan. Tujuannya untuk mengetahui bagaimana setiap item difahami oleh setiap individu. Apabila berlaku contradiction, lakukan perbincangan untuk mendapatkan item yang difahami oleh semua individu. Pre-test bertujuan antaranya: • Adakah maksud item difahami secara objektif • Adakah arahan difahami
2. Pilot test Pilot test adalah “kajian pada skala kecil” menggunakan 30 atau lebih sample dari populasi kajian sebelum kajian sebenar dijalankan. Pilot test dilakukn selepas pre-test. Pilot test digunakan untuk mendapatkan anggaran nilai reliability item / construct dan memberi peluang mengetahui item2 yang masih bermasalah. Ini bermakna, pilot test perlu dilakukan lebih sekali jika wujud masalah kepada banyak item yang memerlukan ulangan. Pilot test juga boleh memberikan jawapan kepada soalan spt: • Adakah item mengukur apa yang nak diukur dari sekumpulan sample? • Apakah nilai reliability qnaire ? • Adakah item difahami secara konsisten oleh responden? • Adakah item sesuai dgn ciri-ciri responden? Bagaimana pilot bagi qualitative research? Pilot umumnya diperlukn sbg persediaan sebelum kajian sebenar... bg elakkn masalah pd prosidur dan instrumentation. Pilot lebih kelihatan ketara pd kajian quanti yg libatkn ramai sample... Kajian quali melibatkn sampel lebih kecil dan naturenya yg evolving... dan masih boleh dibuat adjustment sepanjang kajian menyebabbkn pilot sering menjadi sebahagian kajian dan tidak dilaporkan secara berasingan. Namun... ada baiknya bagi novice kajian quali... menjalankn interview atau observation sbg pilot tlebih dulu sbg psediaaan... mengetahui soalan2 probing yg boleh ditambah.... kesesuaian borang observation.... sebelum menemui partisipan sebenar.... dan boleh laporkan juga secara ringkas dlm thesis... wbmpun.. process adjustment masih boleh terus blaku sepanjang kajian... tetapi maybe dpt diminimakan OT
Nampaknya yang saya buat semalam adalah sebahagian dari pre-test dan sebahagian dari pilot test.
Nampaknya yang saya buat semalam adalah sebahagian dari pre-test dan sebahagian dari pilot test.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك