Tadi jumpa musyrif, perlu baiki sedikit bahagian adawat dirosah. Alhamdulillah lebih jelas selepas berjumpa doktor. Balik dari jamiah menuju ke sameh mall dengan suami dan anak. Shopping centre tempat kami melepaskan kebosanan bila berhari-hari tak keluar rumah.
Balik rumah masak mansaf. Tiba-tiba teringin lepas tengok jameed sail di peti ais pasaraya. Apalagi ketung ketang di dapur...
Makan dengan cili hijau dan bawang kuning sedap betul. Saya gabungkan kaedah penyediaan mansaf ni mengikut cara ummu abdullah dan basma. Yang pasti saya lebih suka jamed jenama teebah dan laban syaneneh yang digunakan basma sebab rasanya kurang masam.
Ok, mau solat asar.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك