Monday, 29 December 2014

Rasa macam salji je minggu depan

Tengok accuweather jordan, rasa macam turun salji je awal januari minggu depan. Sebab tengok ada suhu bawah 0, -1, -3 pada malam hari. Kalau betul telahan sy ni, nampak gaya minggu ni kena siap beli barang makanan yg sudah semakin surut di dapur. Ada peluang nak pegi ra'sul ain jumaat ni beli sleeping beg suami nak sangat2.

Ok, lubna kacau! Sy bangun tidur dia pun bangun.

Nak memasak.

---------

Menu ringkas, sambal bilis petai..petai bawak dr malaysia cuti baru ni...




Sambung baca sikit utk imtihan minggu depan. Minggu depan jugalah ada dua presentation juga. Semester ni tinggal lagi tiga minggu. Alhamdulillah. Cuma sedikit risau sem depan ada dua subjek yg saya sorang je daftar. Takut diorg gugurkan subjek tu. Saya kena bermati-matian rayu dikekalkan nanti. Cuma terfikir macam mana belajar dlm kelas sorang2. Tak logik pulak. 

---------

Makan malam. Buat cincai2 je. Xde mood nk masak tp sebab lapar...


Beef steak, kentang lenyek, sosej, kcg peas, sos perang, roti bakar.

Sunday, 28 December 2014

Tasjil mawad & 'alamat imtihan

Petang semalam berjaya daftar 2 subjek utk sem depan. Alhamdulillah. Tiba2 nak daftar subjek ketiga madah istidrakiyyah xberjaya. Laah baru teringat kn tasjil dekat qabul wa tasjil. Jadi hari ni nk kena keluar sekejap pergi jamiah.

Petang semalam sy mmg xpergi kelas. Konon nak tasji dulu mawad lepas tu baru pegi kelas. Tup2 pas tasjil tgk dah lewat nak magrib. Hmm xjadilah pegi kelas. Pdhl smlm doktor nk bg result imtihan yg lepas. 

Jadi pagi tadi call khaulah tanya psl kelas semalam. Dia pun ckp dh bgtau doktor kononnya sy akn dtg lewat, tup2 sy lgsg xdtg kihkoh. Doktor kt ok, utamakan tasjil mawad dulu. Doktor kilani pulak mmg xprnh amik kehadiran kelas. Dia ckp pd awal kelas dulu masing2 dh besar ade tanggungjawab & rs tanggungjawab. Jd dia xde mslh klu ade yg xdpt dtg ke kelasnya. Bagusnya walaupun doktor ckp mcm tu, jarang student yg ponteng kelasnya mlainkan atas sbb xboleh dielakkan.

Tanya jg khaulah alamat imtihan sy sbb sy minta dia tengokkan juga. Berdebar2. Khaulah kt sy dpt 21/25. Terkejut dengar. Rasa mcm xberapa bagus jawapan sy tempoh hari. Alhamdulillah. Khaulah bgtau doktor kilani puji kertas jawapan sy. Malunya. Mujur xgi kelas klu tidak meluat student arab tgk doktor puji sy (prnh berlaku sem lepas). Sy selalu pikir sbb sy student asing, jd kebanyakan doktor banyak tasamuh dan meraikan. Ala kulli hal alhamdulillah. Hrp doktor xubah fikiran dgn markah tu memandangkan kertas sy masih di tgn doktor dan sy pulak xhadir smlm. Kui2.

Ok, nk bersiap pergi jamiah.

--------

Dah balik dr jamiah. Alhamdulillah dapat tasjil takhtit manahij. Jd sem depan. Tiga mawad last sy akan ambil inshaAllah.


Seronok lubna dpt jalan2 dan lari2. Sebab sejuk jd xboleh lama di luar.

Balik dr jamiah singgah beli kentang, hajat nak buat sup daging hari ni. Ketung-ketang, menu hari ini...

Sup daging merah...kenyek dgn cili api makan dgn nasi slurppp..


Sy ikut resepi chef hanieliza dlm bukunya. Ya Allah sedap rupanya! Cuma sy tukar tulang lembu kpd daging lembu shj. Tukar sukatan mana yg patut. Malas nk tulis resepi kt sini. Pi beli buku chef jelah senang. Sy bawak dr msia lagi kirim dgn kawan dtg ke jordan baru ni.

Di bawah ni resepi mcm semalam, fish fillet sweet sour tambah bunga kobis..



Goreng kopok penambah selera.


Saturday, 27 December 2014

Banjir lagi

Bangun pagi ni tengok update pasal banjir di Malaysia di FB. Risau kalau2 makin teruk. Sambil tengok internet sambil baca nota utk imtihan minggu depan satu lagi. Tapi baca xmasuk pun dalam kepala. Risau dengan keadaan sedara mara, rakan2 di Malaysia. Katanya temerloh sekarang sedang gawat dilanda banjir. Dan beberapa daerah akan mengalami banjir buruk yg serupa.

Suami tengah telefon sedara mara di Malaysia. Tanya perkembangan di sana. Alhamdulillah air di umah mok di kota bharu dah surut sikit. Tapi masih di tahap betis. Air masih tinggi di luar dan masing2 masih perlu berjaga2. Hanya doa dan sedikit sumbangan wang dapat kami kirimkan dari sini. Semoga situasi di sana semakin pulih dan ada sinar baru untuk semua.

Sedih tengok rumah orang2 kampung yg rosak dan musnah. Ada yg tinggal tapak rumah sahaja. Tinggal sehelai sepinggang. Kalaulah saya diuji begitu entah di mana tahap iman agaknya. Ujian dan dugaan yg sedikit pun sy sudah mengeluh, kalau ditimpa ujian sebesar itu harap dikurniakan hati yg cekal dan sabar. 

Nak baca nota sikit dan masak lauk utk makan pagi merangkap tengahari. Hajat nak masak lemak ketam, sambal ikan fish fillet dan sayur brokoli.

---------

Sambung tulis sblm pegi kelas. Menu hari ni...

Lemak kuning ketam!


Fish fillet sweet sour...mudah sgt nk buat sambalnya. Tumis halia, bwg kuning, sos cili, kicap masin, sos pizza...ikan tu goreng dulu...


Brokoli...




Friday, 26 December 2014

Tetamu jumaat terakhir 2014

Sedih pulak baca tajuk post hari ini. Tahun depan sudah memasuki angka baru. Semakin lama semakin tua. Apa bekalan yg ada utk ke akhirat sana.

Petang tadi kami menerima kunjungan balas rakan2 dr sweileh ke teratak sewa kami. Alhamdulillah sampai juga mereka ke sini. Dengan menaiki teksi, rs terharu pula kami dgn kedatangan. 

Bergambar sebelum pulang, saya lubna, hanilah, nusair, dalilah, azie...










Seronok beronok dpt borak macam2. Sambil makan sambil borak. Pasal banjir di malaysia dan lain2. Alhamdulillah.

Sempat masak nasi minyak, gulai ayam kelantan, sambal ikan aye, mee goreng, acar. Itupun risau kalau2 xcukup. Mudah kerja bila suami siap siang ayam dan ikan serta buatkan acar. Laju je sy masak. Eh tiga jam jugak nak siap semua. Campur dgn layan lubna duk main dlm tandas sorang2 ummi xperasan waktu waled ke masjid solat jumaat. Abis dgn stokin basah masuk dlm umah semula. Gigih ummi mengelap karpet. Lubna lubna. Anak bertuah. Apapun seronoknya memasak.

Mau berehat dan siapkan bahas utk presentantion minggu depan. Lubna ketiduran di sebelah.

Thursday, 25 December 2014

Ubat pensel picit di tapak kaki

Malam tadi terpijak ubat pensel picit. Ingatkan terpijak saje rupanya tembus masuk di tapak kaki. Rs berdenyut2 sakit. Cek kaki nampak titik warna hitam. Berderau darah xpernah kena macam ni. Pdhl dah pakai stokin agak tebal.

Try kluarkan dgn kepit kuku xjadi. Suami cb gn pengepit besi pun xjadi. Sy pulak takut nak korek lebih2 takut berdarah infection lagi susah nak keluarkan. Tawakkal pd Allah harap dia akan kuar sendiri dlm masa terdekat. 

Dalam jam 11 malam sewaktu nak ke tandas, terhentak kasar tapak kaki. Rs sakit berdenyut2. Cepat2 tengok tapak kaki. Cuba picit dan baca selawat dan gosok2. Nampak titik hitam makin jelas. Sy gosok lagi sambil berselawat. Tup keluar sikit ubat pencel picit dr permukaan tapak kaki. Terkejut. Xsangka boleh keluar semudah itu. Segera sy tarik dgn hujung kuku perlahan2 takut patah lebih sukar nak kluarkan semua. Tarik lagi dan lagi, Allahuakbar panjang rupanya! Rs xpercaya ubat pensel picit boleh tertanam di tapak kaki.

Hampir 1cm panjangnya...


Ini yg membuatkan kaki berdenyut2 sehingga sekarang...


Alhamdulillah ala kulli hal.

Jalan ke rumah hanilah

Hari ni plan ke umah hanilah sebab utama nak bagi hadiah kawin baru ni xsempat nak bagi di malaysia, sambil jalan2 cuti kismas. Kui2.

Makan nasi lemak. Alhamdulillah kenyang.


Sy suka home-cooked meal. Masaklah apa sj sumenya sedap pd tekak saya. Waktu nilah dpt rasa kelainan masakan dr biasa yg kita masak. Dari situ sy belajar memasak menu baru dan merasai kepelbagaian rasa yg berbeza tapi enak menggunakan bahan masakan yg mgkn sy sendiri xpernah guna.

Macam kita tengok program masakan dlm tv tu chef2 menjelajah ke serata dunia merasa makanan masyarakat dunia dan cuba pelbagaikan resepi yg ada. Rupanya bukan sesuka hati makan angin nak makan sj tapi mereka manfaatkan dalam bidang kulinari masing2. Akhirnya tercipta bermacam2 jenis resepi yg enak dan luar dr kebiasaan.

Tuan rumah belah kiri sekali dan isteri hanilah berdiri mengadap kamera...


Azie dan suami serta adik iparnya turut dijemput menjamu. Diorg duduk di tingkat bawah umah hanilah. Kami datang awal dah siap makan berpinggan-pinggan. Kihkoh.

Ok, smbung bahas sikit. Usbu' jai presentation, wal usbu' illi ba'duh imtihan awwal! Cayok!


Wednesday, 24 December 2014

Janji Allah itu pasti

Hanya dgn kesabaran umat Islam akan berjaya. 

Semoga dimudahkan urusan mangsa banjir di pantai timur. Kehilangan tempat perlindungan sekelip mata. Diuji dengan kemusnahan harta benda yg pastinya mencecah puluhan ribu ringgit utk sebuah isi rumah. Selama ni tengok bah yg besar melanda negara lain, tsunami di indonesia sudah cukup menakutkan. Kemusnahan berjuta ringgit, kematian yg ditangisi sehingga ke hari ini. Hari ini ia benar2 berlaku di Malaysia malah lebih buruk dr tahun yg sudah.

Berita khabar mangsa di beberapa daerah di kelantan berlindung di atas bukit benar2 membuahkan rasa sebak. Kalau dalam buku sejarah dulu masyarakat kampung bersembunyi di hutan dan bukit demi melarikan diri dari komunis yg ganas. Hari ini bukit yg ditoreh2 itulah menjadi tempat perlindungan manusia dari bencana bah yg melanda. Siapa pernah sangka. Bukit tempat berlindung menjadi umpama bahtera nabi Nuh. Di dalamnya bertawakkal manusia kepada Allah agar diselamatkan dari tragedi yg lebih buruk.

Harta2 yg dibanggakan sekelip mata Allah boleh tarik seperti mana mudahnya Allah memberi. Benarlah dunia ini hanya tempat persinggahan. Kita hanyalah ghuraba', orang asing yg berkelana dr satu tempat ke satu tempat. Tiada padanya rumah yg paling kekal di dunia. Destinasinya adalah syurga di akhirat.

Bersabarlah untuk sampai ke destinasi utama kita iaitu syurga. Bersabarlah. Janji Allah itu pasti.




Pagi tadi suami call umah neneknya di kota bharu. Kami panggil mok. Mok kata air dah masuk dapur umah. Air pasang laju. Sedih dengar suara mok dari kejauhan. Nampak suami gosok matanya kiri kanan. Suami nangis ke? Getus hati saya. Buat2 xnampak takut suami malu. Saya pun turut terasa tempias sedihnya. Ya Allah hanya padaMu kami berserah.

*2014 tahun yang buruk untuk Malaysia dgn pelbagai tragedi ujian melanda. Alhamdulillah ala kulli hal. Seharusnya kita belajar dr pengalaman dan mengambil pengajaran daripada yg sudah.

Tuesday, 23 December 2014

Banjir di pantai timur Malaysia, musim sejuk di Jordan

Tengok rakan-rakan FB post gambar banjir besar di kelantan, terengganu dan pahang. Rasa macam xpercaya je. Xsangka seteruk itu! Di whatsapp adik dan sedara turut menghantar gambar2 suasana banjir di kawasan berdekatan. Ya Allah, selamatkanlah mereka. Mohon dilindungi dari sebarang bahaya.



Xtahu keadaan umah kami macam mana di terengganu. Harapnya baik2 sahaja inshaAllah. Umah mak ayah sy alhamdulillah tidak dinaiki air cuma sy rs kawasan masuk ke simpang umah pasti sudah ditenggelami air.

Di Malaysia masing2 sibuk membuat persediaan menghadapi banjir. Di jordan kami pun siap membeli barang keperluan terutama makanan utk bekalan musim sejuk. Bimbang sekiranya salji turun lebat menghalang kami utk keluar mencari makanan. Jadi siapkan stok awal2. Tapi tengokkan suhu bulanan utk disember ini, xde suhu dijangka bawah dr 3°c. Maknanya xturun salji ke?  Kemungkinan salji xturun dan kemungkinan juga turun, Allah lebih mengetahui. Kami berharap salji ringan turun di tabarbour tahun ini. Xpuas lagi bermain salji.

----------

Makan tghari gulai kambing. Rempah beli di pasar payang terengganu...



Gulai xberapa menjadi, sy kurangkan minyak dan xbubuh lada kering. 


Ikan susu bakar taucu

Kali pertama makan ikan susu. Sedap rupanya. Mcm rasa ikan terubuk. Tulang halus pun ada tapi xsebanyak ikan terubuk. Tulang halus ikan susu boleh kunyah & telan. Suami bakar dgn taucu ikut resepi mak cik dia di msia. Bagi sy ikan susu lagi sedap dr terubuk.

Bahagian kepala simpan utk masak kari nanti.



Makan dgn sambal belacan. Sedap berkali ganda. Sayur lemak putih sy bubuh brokoli, carrot, keledek, homrmade fishcake dan tauhu beli dgn rakan msia di sini. Owh gabungan yg sedap!

Petang ni, kami teringin makan puding roti resepi chef hanieliza. Buku buku resepi ikut sebijik2. Sy tukang tengok je, suami yg membuatnya. Air tgn suami mmg mjadi klu buat kek, kuih & roti. Sy suka masak lauk-pauk je senang xde sukatan. Kui2.

Bakar puding roti dalam periuk ajaib..


Oven xbeli2 lagi. Tengok arga oven mostly atas Jod40. Piki bnyk kali nk beli. Banyak lagi barang keperluan lain kena beli. Hold dulu lagi nmpk gayanya.

Tgh nunggu puding siap masak. Sos kastard dh siap.

Siap dah...




Alhamdulillah. Suka resepi chef hanieliza. Kebanyakan resepi yg prnh try sumenya mjadi.

Sunday, 21 December 2014

Minggu2 akhir tahun 2014

Dah x lama akan berakhir 2014. Semangat belajar terasa makin pudar. Dalam kelas tadi rs penat, berat kepala. Rasanya rabun sy kembali menyinggah. Perbincangan dlm kelas xmasuk dalam kepala. 

Satu je yg sy semangat di sini iaitu memasak. Dr semalam teringin nak makan mansaf. Jadi pagi tadi sy masak nasi mansaf ayam yg simple.



Rebus ayam dgn biji pelaga dan day bay hingga masak. Buh garam, minyak sapi, kiub ayam, yogurt (ganti jamed)...

Sambung nnti lunna kacau!!

Ok selepas sejam lubna dah tidur. 

Di bawah ni mee sizzling kali pertama buat seumur hidup rasanya. Baru ni makan di umah midah dan amni, sedap pulak rasanya. Jadi teringat2 pulak. Try masak sendiri malam ni dibantu oleh suami merangkap rakan gocoh sejati di jordan.

Yg ni masak kali kedua sebab xcukup! Sedap sangat..kih2..perasan. Suami kata mcm xcukup je  jd kami pun dgn gigihnya masuk ke dapur dan masak lagi...


Yg di bawah ni yg mula2 buat. Ilang dah kuahnya. Sy nak rebus mee asing tapi suami suh campur rebus skli dgn kuah sizzling, hasilnya mee kembang sekali dgn kuahnya. Jadi kali kedua di atas sy rebus mee dlm periuk lain pula dan curahkan kuah ke atas mee yg siap direbus spt di atas.


Kt sini xde mee mcm mee sizzling tu. Klu ade pun jenama dr thailand xde cop halal. Xberani nak beli. Jd kn guna spagetti yg ampir sama rupanya.

Kejadian amuk di malam hari

Malam ni sy mengamuk. Mengamuk dgn lubna dan terutamanya suami. Dari petang tadi setiap kali sy duduk di meja belajar, mengadap laptop, lubna akan panjat kerusi sy dan naik ke atas meja. Dipijak2 peha sy, dicakar2 tgn sy semata2 utk panjat ke atas meja. Kebanyakan masa sy mencuri2 menaip sambil menepis2 tangan lubna meronta2 ingin diriba.

Sejak beberapa hari ni lubna dh pandai panjat blkg kerusi sy dan panjat ke atas meja dgn menapak atas meja kecil tepi kerusi. Duduk atas meja dan menyepahkan segala brg atas meja. Menutup pandangan sy dr mengadap buku @ laptop. Kalau sebelum ni dia akan ambil bakul @ laci almari plastik @ kotak lego utk panjat atas sy dan lompat atas meja. Akhirnya sy terpaksa sorok sgla barang yg dia gunakan utk panjat meja sy @ bergantungan di tangan sy.

Sy jd tertekan. Membaca depan tv lubna akan duduk atau pijak buku sy, konyokkan kertas. Membaca atas meja lubna akan bergayut di tangan sy atau panjat ke atas meja dgn apa cara sekali pun. Hilang sabar hari ini, tadi entah kuasa luar biasa datang dr mn sy menjerit sekuat hati dan mendukung lubna berhajat nak letak di atas tilam tapi tiba2 langsung terhempas tubuh kecilnya ke atas timbunan selimut di atas tilam akibat terlalu marah. Sempat sy hempas kerusi sekali. Jadi berang teramat.

Suami yg tgh mengadap komputer terkejut dgn perbuatan sy. Dalam hati saya, remuk redam. Betapa sy kecewa suami tidak membantu saya pd saat2 kritikal. Hari2 sy mengadu dgn suami sakit kepala. Penat dgn study, tertekan dgn lubna yg selalu inginkan perhatian. Sy ke dapur dia bemain di dapur, sy baring dia minta disusukan. Berdenyut2 kepala skrg. Sambil menaip di blog sambil menyusu lubna. Sy xde banyak peluang utk menaip di laptop.

Lepas mengamuk tadi sy menangis tepi dinding sambil lubna pun menangis selepas dimarahi suami. Sambil menangis lubna mengunjukkan ipad dan minta dipasang video haura' sepupunya di malaysia. Haura' haura', sebutnya pelat. Dia mmg suka tengok video baby. Lebih suka dr tgk upin ipin yg memang lubna xpernah nak tengok. Sy jadi makin sebak. Terus terduduk di tilam sambil nangis sambil bukakan video di ipad. Sambil layan tangis, sambil sy berdoa dlm hati ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين berkali2. Sambil memikirkan apakah dosa sy sehingga merasa perkara sekecil ini sbgi ujian yg pahit utk dilalui.

Rasa penat. Tapi harus bangun siapkan tugasan presentation dan membaca sedikit. Lubna pun dh tidur, kerusi yg sy hempas tadi pun masih tergolek atas lantai. Mujur tak patah. Klu x esok2 membebel2lah suami akibat sy melayan amuk di malam hari. Itulah, sape suruh abang malas layan lubna. Kan awa dh mengamuk mcm zombi kampung pisang!

** adakah lelaki tak diciptakan Allah untuk mendidik anak? Mungkin sebab tulah ramai lelaki yg kematian isteri akan berkahwin lagi atas sebab xmampu menjaga anak sendirian.

Saturday, 20 December 2014

Dapat markah imtihan

Kelas:
Hari ni kelas تعليم ذوي الحاجات الخاصة dapat result imtihan baru ni. Berdebar2 jg nak dpt kertas. Rasa xyakin dpt markah yg elok. Dah dapat kertas, tengok markah. Hmm sperti yg dirasa dapat 13/20 shj. Rs lemah semangat sekejap. Tapi xrasa sedih pun kihkoh. Usaha xbanyak. Semangat je lebih. Belajar skdr baca tuk exam sj. Penat layan lubna, nafsu masak dan makan lagi. Rs dah rendah markah saya, tapi ada lg yg lebih rendah rupanya. Markah tinggi? Konpemlah ramai yg dpt markah lg tinggi dr sy. 

Esok mgkn dpt kertas utk subjek طرائق التعليم والتعلم pula. Kertas tu pun ada yg sy salah jawab. Hmm rs lebih kurang je markah dgn markah kertas ni. Alhamdulillah ala kulli hal. Semoga sukses dlm penulisan tesis nanti salwa! (Tengok, semangat bukan main tapi usaha ke arahnya xnampak pun??hehe)

Usrah tabarbour:
Balik dr kelas jam 12 tadi bergegas siap solat utk ke usrah mingguan bersama rakan arab di sini. Sampai depan masjid eh kosong je parking. Telipon sayyidah. Lah rupanya diorg xbuat kelas arini. Jadinya misi petang hari berubah ke tempat lain.

Mukhtar mall:
Haa xjadi gi usrah jd melencong ke mukhtar mall. Xpadan dgn markah rendah tu. Bahas pun berlambak2 xsiap. Imtihan صعوبات التعلم lg dua minggu dr skrg. Dah baca ke??! Tentulah belum. Kah3. Malas nak stress. Beli barang ape yg patut di mukhtar mall. Singgah makan isi perut dulu...


Biasa je rasanya. Xsesedap sy masak. Keh34. Perasan.

Oklah nak sambung bt bahas dan membaca. Yolah tu. Tengok resepi 2 jam, membacanya 5 minit je. Ceh. 

Friday, 19 December 2014

Hari malas masak nasi

Ada hari2 malas nak menanak nasi, memasak lauk-pauk. Contohnya macam hari ni. Sy perasan seminggu sebelum uzur macam2 nak masak dan makan. Bila dah uzur dan penghujung uzur mood nak masak xberapa ada. Makan pun xkisah dan xmilih sangat.

Menu simple kami hari ni...


Betik muda tumis air...kicap cili...ikan kembung bakar kunyit...


Ikan kembung sekilo jod10! Hampir RM50 duit kita. Tapi dh beli lama dulu. Waktu pegi city mall. Tinggal lagi baki tiga ekor. Sebelum ni dh guna buat nasi kerabu utk solok dan sambal kelapa. Puas hati rs ikannya manis. Klu di msia sy xberapa nak makan ikan2 kecik mcm ikan kembung tp di sini rs sedap pulak sbb susah nak dpt dan mahal.

Pagi tadi xtau nak makan apa. Kebetulan ada betik muda tapi hijau. Buat rojak betik tganu...tambah carrot dan timun sikit...



Resepi google je. Malas benar nk tulis resepi sini. Yg pasti terlupa nk buh air asam jawa. Padan rs lain dr biasa mkn. Kui2. Guna ikan tuna dlm tin sj. 

----------

Sejak kejatuhan ringgit malaysia beberapa minggu ni, rs sedikit risau nk berbelanja di sini. 1 jordan dinar menyamai ampir 5 ringgit duit kita. Kena lebih gigih berjimat-cermat. Xboleh beli sesuka hati. Beli apa yg penting shj. Brg2 kehendak tu kn stop dulu. Aish mcm mn ni, hajat nk beli oven nmpk gynya tunggu tahun depan sikit. Hrpnya duit kita sedikit pulih waktu tu (walaupun dgrnya macam xpulih dlm masa terdekat).

Bercakap ttg duit. Ramai yg ingat buat bisnes itu ini boleh menjana bnyk duit. Ya mmg betul tp jgn lupa nak bt bisnes kena ada modal. Modal paling terbaik ialah dr simpanan kita sendiri. Klu xbiasa menyimpan & takde disiplin dlm menyimpan maka xpayah berangan nk bt bisnes.  Ramai jutawan  dunia bercakap ttg cara paling mudah utk kaya ialah dgn berjimat dan menyimpan wang di tempat yg boleh dibiakkan. Tp xramai yg boleh ikut sifat jutawan ini & terlupa utk menyimpan maupun berjimat. Akhirnya modal habis sana sini, untung yg sedikit habis mbeli brg kehendak. 

Sy pun suka jadi jutawan. Jutawan yg bertaqwa pd Allah. Yg boleh memberi pd org lain bila2 masa. Yg tidak perlu bersusah-payah mcari harta hingga terlupa akan ibadah & kematian. Yg tidak perlu meminta-minta utk keperluan diri dan keluarga. Alhamdulillah, wlupun belum betul2 jutawan tp sy sdg menikmati perasaan spt jutawan. Tenang dan syukur dgn apa yg telah diperolehi. Sentiasa berdoa dimurahkan rezeki sy, suami, anak dan ahli keluarga semua serta rakan2 skalian.

-----------

Makan malam ni...


Dessert sagu susu cair gula melaka dan cendol..cendol tu dh lm buat. Terlebih kapur tu xlaju nk mkn. Sedap jg dimakan dgn sagu mcm ni.


Pizza tuna made by suami. Sedap sgt.

Sambil suami bt pizza, sy bt nasi lemak tuk sarapan esok. Kelas jam 9 pagi hingga 12. Abis kelas inshaAllah akn ke usrah lps solat zuhur. Jd kn mkn pagi kenyang2. Ok, berehat baca buku skjp. Capek.


Thursday, 18 December 2014

Siap satu artikel utk presentation

Hari ni lebih santai bt keja sekolah. Siapkan bahan utk presentation tiga minggu dr sekarang. Sambil bt keja sambil layan lubna, masak apa yg patut. Suami pulak demam sekejap arini sekali dgn bad mood sbb sy masak lewat. Kihkoh.

Menu ringkas kami hari ini...sotong masak tempoyak. Abiskan baki sotong dlm peti ais...proses clearkan peti ais sebelum beli stok baru...


Sayur campur goreng dgn hati ayam..abiskan stok juga sayur2 yg ada...


Nampak x tauge? Kontot je tauge sy tanam. Masak sume skligus. Duk lama dlm peti ais takut nuruk pulak.

Makan malam goreng makaroni. Kebetulan amni dtg jd hidang makan sekali. Xteramik gmbr makaroni. Biasa je pun. Kihkoh.

Sebelum bt makaroni, sy buat fishcake dulu. Guna fish fillet. Sonoknya dpt makan fishcake jg kt joden ni...



Fishcake pas dikukus dan dipotong. Malas nk goreng, terus bekukan dlm peti ais.

---------

 Tengoklah bena, ummi nk ngadap laptop dia duk depan laptop atas meja...


Ni baru lubna, belum masuk adik lubna lagi ni. Gigih salwa gigih! Ummi waktu kecik camtu jugak! Kata nenek. Huaaaaa. Ummi jual semula basikal lubna tu nampak gayanya....

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...