Semoga dimudahkan urusan mangsa banjir di pantai timur. Kehilangan tempat perlindungan sekelip mata. Diuji dengan kemusnahan harta benda yg pastinya mencecah puluhan ribu ringgit utk sebuah isi rumah. Selama ni tengok bah yg besar melanda negara lain, tsunami di indonesia sudah cukup menakutkan. Kemusnahan berjuta ringgit, kematian yg ditangisi sehingga ke hari ini. Hari ini ia benar2 berlaku di Malaysia malah lebih buruk dr tahun yg sudah.
Berita khabar mangsa di beberapa daerah di kelantan berlindung di atas bukit benar2 membuahkan rasa sebak. Kalau dalam buku sejarah dulu masyarakat kampung bersembunyi di hutan dan bukit demi melarikan diri dari komunis yg ganas. Hari ini bukit yg ditoreh2 itulah menjadi tempat perlindungan manusia dari bencana bah yg melanda. Siapa pernah sangka. Bukit tempat berlindung menjadi umpama bahtera nabi Nuh. Di dalamnya bertawakkal manusia kepada Allah agar diselamatkan dari tragedi yg lebih buruk.
Harta2 yg dibanggakan sekelip mata Allah boleh tarik seperti mana mudahnya Allah memberi. Benarlah dunia ini hanya tempat persinggahan. Kita hanyalah ghuraba', orang asing yg berkelana dr satu tempat ke satu tempat. Tiada padanya rumah yg paling kekal di dunia. Destinasinya adalah syurga di akhirat.
Bersabarlah untuk sampai ke destinasi utama kita iaitu syurga. Bersabarlah. Janji Allah itu pasti.
Pagi tadi suami call umah neneknya di kota bharu. Kami panggil mok. Mok kata air dah masuk dapur umah. Air pasang laju. Sedih dengar suara mok dari kejauhan. Nampak suami gosok matanya kiri kanan. Suami nangis ke? Getus hati saya. Buat2 xnampak takut suami malu. Saya pun turut terasa tempias sedihnya. Ya Allah hanya padaMu kami berserah.
*2014 tahun yang buruk untuk Malaysia dgn pelbagai tragedi ujian melanda. Alhamdulillah ala kulli hal. Seharusnya kita belajar dr pengalaman dan mengambil pengajaran daripada yg sudah.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك