Friday, 26 December 2014

Tetamu jumaat terakhir 2014

Sedih pulak baca tajuk post hari ini. Tahun depan sudah memasuki angka baru. Semakin lama semakin tua. Apa bekalan yg ada utk ke akhirat sana.

Petang tadi kami menerima kunjungan balas rakan2 dr sweileh ke teratak sewa kami. Alhamdulillah sampai juga mereka ke sini. Dengan menaiki teksi, rs terharu pula kami dgn kedatangan. 

Bergambar sebelum pulang, saya lubna, hanilah, nusair, dalilah, azie...










Seronok beronok dpt borak macam2. Sambil makan sambil borak. Pasal banjir di malaysia dan lain2. Alhamdulillah.

Sempat masak nasi minyak, gulai ayam kelantan, sambal ikan aye, mee goreng, acar. Itupun risau kalau2 xcukup. Mudah kerja bila suami siap siang ayam dan ikan serta buatkan acar. Laju je sy masak. Eh tiga jam jugak nak siap semua. Campur dgn layan lubna duk main dlm tandas sorang2 ummi xperasan waktu waled ke masjid solat jumaat. Abis dgn stokin basah masuk dlm umah semula. Gigih ummi mengelap karpet. Lubna lubna. Anak bertuah. Apapun seronoknya memasak.

Mau berehat dan siapkan bahas utk presentantion minggu depan. Lubna ketiduran di sebelah.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...