Saturday, 27 December 2014

Banjir lagi

Bangun pagi ni tengok update pasal banjir di Malaysia di FB. Risau kalau2 makin teruk. Sambil tengok internet sambil baca nota utk imtihan minggu depan satu lagi. Tapi baca xmasuk pun dalam kepala. Risau dengan keadaan sedara mara, rakan2 di Malaysia. Katanya temerloh sekarang sedang gawat dilanda banjir. Dan beberapa daerah akan mengalami banjir buruk yg serupa.

Suami tengah telefon sedara mara di Malaysia. Tanya perkembangan di sana. Alhamdulillah air di umah mok di kota bharu dah surut sikit. Tapi masih di tahap betis. Air masih tinggi di luar dan masing2 masih perlu berjaga2. Hanya doa dan sedikit sumbangan wang dapat kami kirimkan dari sini. Semoga situasi di sana semakin pulih dan ada sinar baru untuk semua.

Sedih tengok rumah orang2 kampung yg rosak dan musnah. Ada yg tinggal tapak rumah sahaja. Tinggal sehelai sepinggang. Kalaulah saya diuji begitu entah di mana tahap iman agaknya. Ujian dan dugaan yg sedikit pun sy sudah mengeluh, kalau ditimpa ujian sebesar itu harap dikurniakan hati yg cekal dan sabar. 

Nak baca nota sikit dan masak lauk utk makan pagi merangkap tengahari. Hajat nak masak lemak ketam, sambal ikan fish fillet dan sayur brokoli.

---------

Sambung tulis sblm pegi kelas. Menu hari ni...

Lemak kuning ketam!


Fish fillet sweet sour...mudah sgt nk buat sambalnya. Tumis halia, bwg kuning, sos cili, kicap masin, sos pizza...ikan tu goreng dulu...


Brokoli...




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...