Ada hari2 malas nak menanak nasi, memasak lauk-pauk. Contohnya macam hari ni. Sy perasan seminggu sebelum uzur macam2 nak masak dan makan. Bila dah uzur dan penghujung uzur mood nak masak xberapa ada. Makan pun xkisah dan xmilih sangat.
Menu simple kami hari ni...
Ikan kembung sekilo jod10! Hampir RM50 duit kita. Tapi dh beli lama dulu. Waktu pegi city mall. Tinggal lagi baki tiga ekor. Sebelum ni dh guna buat nasi kerabu utk solok dan sambal kelapa. Puas hati rs ikannya manis. Klu di msia sy xberapa nak makan ikan2 kecik mcm ikan kembung tp di sini rs sedap pulak sbb susah nak dpt dan mahal.
Pagi tadi xtau nak makan apa. Kebetulan ada betik muda tapi hijau. Buat rojak betik tganu...tambah carrot dan timun sikit...
Resepi google je. Malas benar nk tulis resepi sini. Yg pasti terlupa nk buh air asam jawa. Padan rs lain dr biasa mkn. Kui2. Guna ikan tuna dlm tin sj.
----------
Sejak kejatuhan ringgit malaysia beberapa minggu ni, rs sedikit risau nk berbelanja di sini. 1 jordan dinar menyamai ampir 5 ringgit duit kita. Kena lebih gigih berjimat-cermat. Xboleh beli sesuka hati. Beli apa yg penting shj. Brg2 kehendak tu kn stop dulu. Aish mcm mn ni, hajat nk beli oven nmpk gynya tunggu tahun depan sikit. Hrpnya duit kita sedikit pulih waktu tu (walaupun dgrnya macam xpulih dlm masa terdekat).
Bercakap ttg duit. Ramai yg ingat buat bisnes itu ini boleh menjana bnyk duit. Ya mmg betul tp jgn lupa nak bt bisnes kena ada modal. Modal paling terbaik ialah dr simpanan kita sendiri. Klu xbiasa menyimpan & takde disiplin dlm menyimpan maka xpayah berangan nk bt bisnes. Ramai jutawan dunia bercakap ttg cara paling mudah utk kaya ialah dgn berjimat dan menyimpan wang di tempat yg boleh dibiakkan. Tp xramai yg boleh ikut sifat jutawan ini & terlupa utk menyimpan maupun berjimat. Akhirnya modal habis sana sini, untung yg sedikit habis mbeli brg kehendak.
Sy pun suka jadi jutawan. Jutawan yg bertaqwa pd Allah. Yg boleh memberi pd org lain bila2 masa. Yg tidak perlu bersusah-payah mcari harta hingga terlupa akan ibadah & kematian. Yg tidak perlu meminta-minta utk keperluan diri dan keluarga. Alhamdulillah, wlupun belum betul2 jutawan tp sy sdg menikmati perasaan spt jutawan. Tenang dan syukur dgn apa yg telah diperolehi. Sentiasa berdoa dimurahkan rezeki sy, suami, anak dan ahli keluarga semua serta rakan2 skalian.
-----------
Makan malam ni...
Dessert sagu susu cair gula melaka dan cendol..cendol tu dh lm buat. Terlebih kapur tu xlaju nk mkn. Sedap jg dimakan dgn sagu mcm ni.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك