Semalam telah menyelesaikan beberapa perkara di jamiah. Jumpa Dr. Abdul Latif di qism lughoh arabiyyah untuk mendapatkan kertas adawat yang mohon disemak. Rupanya doktor tak tengok pun lagi. Jadi kena beberapa minit duduk mengadapnya menjawab soalan-soalan berkaitan sebelum doktor setuju dengan adawat yang saya nak gunakan nanti.
Siap di situ saya menuju ke ofis Dr.Kilani musyrif saya untuk mendapatkan draf yang saya hantar dua minggu lepas. Memang saya catat dan ingat bila saya hantar. Bawah setiap draf saya akan catat tarikhnya.
Terakhir sekali ke ofis qism manahij wa tadris untuk mendapatkan surat kebenaran WISE bagi memudahkan saya memohon kebenaran menjalankan kajian di Malaysia nanti. Walhal saya sudah pun memohon kebenaran dgn UniSZA dan PPI lebih awal menggunakan surat pengesahan tajuk dan lantikan musyrif sahaja. Kih3.
Kemudian naik pula ke bahagian atas jamiah di atas bukit untuk ke bahagian muhasabah untuk memohon isbat tolib dan membuat bayaran sebanyak JD1 sebelum boleh ke qabul wa tasjil untuk mendapatkannya. Sampai di qism muhasabah dalam jam 2 petang dan staf sana kata pejabat dah tutup! mohon datang esok pula. Cisss...paham pahamlah sendiri apa perasaannya.
Jadi hari ni dalam jam 10.30 pagi ke qism muhasabah semula dan ke qabul wa tasjil yang terletak bersebelahan bangunan untuk mendapatkan isbat tolib. Tujuan ambil isbat tolib untuk renew lesen kereta yang telah tamat isnin lepas. Tiap sem mesti kena tajdid rukhson kereta sebab ia hanya ditajdid by semester. Panjang betul citernya. Huhuhu. Esok cerita lain pula di jumruk Amman. Harap Allah mudahkan juga urusan esok pagi inshaAllah.
Semua ini tidaklah Allah permudahkan melainkan dengan bantuan dari suami yang setia menemani dan memandu ke sana sini. Setia menunggu dalam kereta sebab isterinya ni penakut nak bawa kereta kat sini. Isk3. Time kasih dan lubna. I looovve you walapun kadang-kadang suka marah abang. Huhuhu.
Surat mohon permudahkan pelaksanaan kajian saya dari WISE uni untuk kegunaan di Malaysia nanti. Pak cik mak cik abang kakak UniSZA kalau tak faham b.arab tu buat-buat faham jelah ye. Kat sini surat takde yang dalam b.inggeris. Kehkoh...
Oklah ni dapat yang bertaip kalau pegi di sesetengah pejabat kerajaan suratnya bertulisan tangan lagi dengan khat yang masyaAllah memang cantik kih32. Pernah saya letak surat tersebut tahun lepas untuk urusan pembelian kereta di blog ini.
Selesai di jamiah singgah di raudhoh belakang rumah. Hajat nak masukkan lubna ke sekolah. Bincang dengan guru besar raudhoh. Tanya tentang rusum dan sebagainya. Ahad ini inshaAllah akan tasjil lubna dan stat masuk raudhoh. Ya Allah jagalah lubna dari sebarang kekerasan dan perkara tak elok sepanjang di raudhoh nanti. Risau ummi. Dengar kanak-kanak arab jerit-jerit waktu main tu pun ummi dah gerun. Kheir inshaAllah. Sebulan sahaja sebelum pulang ke Malaysia sekejap. Harap banyak manfaat untuk lubna inshaAllah.
Bubur caca pisang campur-campur...
Perancangan saya untuk bulan ini:
-Masukkan lubna ke raudhoh.
-Kelas bahasa Arab dengan Hiba.
-Kelas masakan Nihad.
Kita merancang Allah yang tentukan. Semoga yang terbaik untuk kita smeua inshaAllah.
Ok, mahu membuat kerja-kerja. Sambung nanti. وداعا
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك