Suka baca tulisan suzardi di FB. Antaranya meminta kita berfikir seperti di atas. Boleh jadi benchmark untuk pencapaian kita dari sudut kewangan pada hari ini.
Simpanan 10% dari gaji (saya menyimpan lebih dari ini)
Duit untuk mak ayah (pernah stop sekejap skrg sambung semula)
Daftar haji (RM 1300 sahaja untuk daftar haji di TH)
Simpanan tabung haji mencapai RM10,000 ( selepas setahun bekerja sudah menyimpan angka ini)
Simpanan 7 bulan perbelanjaan (saya letakkan jumlah perbelanjaan menyamai jumlah gaji bulanan)
5 perkara yang perlu dilakukan sebelum boleh melabur ke tempat lain. Alhamdulillah sudah berjaya mencapai 5 soalan di atas ketika sebelum berumur 30 lagi. Sekarang nak masuk 32 tahun. Sudah membuat pelaburan di beberapa tempat juga. Kunci utama untuk berjaya dalam menyimpan dan memberi ialah berJIMAT! Jangan boros dan jangan boros. Full stop. Tak payah nak minta tips lain kalau sendiri tak mahu berjimat. Hasil berjimat cermat dan menyimpan akan dapat dilihat beberapa tahun seterusnya. Dan sekarang saya menikmati pulangannya setelah 6 tahun dalam perkhidmatan.
Sekarang saya cuba merancang kewangan suami dan anak pula. Saya risaukan mereka andai saya tiada lagi. :(
Juga merancang untuk mencukupkan jumlah simpanan tunai mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun depan inshaAllah. Caranya ialah berJIMAT dan perlu ada pendapatan tetap samada melalui makan gaji atau bisnes sendiri. Kalau ada side income juga lebih baik. Seperkara lagi perlu menyimpan di tempat yang boleh menggandakan wang sebagai contoh Tabung Haji. Saya sudah menikmati hampir RM 8000 dari bonus TH sahaja sejak menyimpan di sini selama 6 tahun. Yang lagi banyak menyimpan lagilah tinggi kadar bonusnya. Bertindak dari sekarang. Niat pergi haji dan saving. Belum pernah simpan di ASB sebab ada syubhah tempat dilaburkan. Suami pun tak bagi simpan di ASB.
Minggu lepas mendapat duit buku Mursyid dari fauzi berjumlah RM 548. Alhamdulillah, antara rezeki awal tahun ini. Tahun depan tidak tahu pulak bagaimana. Perlu lebih istiqomah bersedeqah inshaAllah. Waktu sekolah dulu mana pernah terfikir semudah ini Allah nak bagi rezeki. Alhamdulillah. Saya doakan rezeki yang luas untuk rakan-rakan pembaca juga inshAllah. Doakan untuk saya dan keluarga juga.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك