Tuesday, 26 April 2016

Pergi balad beli barang

Makan tengahari selepas balik dari balad....


Asam pedas ikan makeral antara lauk feveret saya...


Singgah beli ayam masywi di mata'm khalawi...


Rindu atok tiba-tiba. Sebak. Menangis.

Lepas hantar lubna ke raudhoh saya dan suami terus menuju ke balad yang lebih kurang 15km dari tobarbour. Beli minyak zaitun yang mak kirim, stokin dan hadiah kawin untuk sepupu di Malaysia nanti. Jauh beli dari jordan demi menunaikan permintaan mak. Hajatnya nak beli tiga empat benda akhirnya terjebak beli macam-macam. Ini pun belum habis membeli. Mungkin minggu depan perlu keluar lagi ke balad.

Rempah-rempah kiriman orang di Malaysia pun belum beli lagi. Dalam kepala mencongak-congak berapa duit gaji perlu transfer nanti. Duit elaun sara hidup di sini tak payah cakaplah sejak duit RM jatuh memang tak pernah cukup. Cukup tiga bulan, terpaksa guna duit gaji memandangkan ESH hanya akan masuk sekali setiap empat bulan. Alhamdulillah Allah ilhamkan sifat untuk berjimat cermat jadi dapatlah menyimpan sikit sebanyak duit gaji. Dalam kepala hari-hari berfikir beruntungnya duduk di Malaysia. Makanan masih banyak pilihan yang murah. Cuma banyak sangat pilihan sampai nafsu tak terkawal sume benda nak beli kui2. Tapi dari segi cuaca dan suasana tenang, duduk di Jordan jauh lebih seronok.

Lubna tengah talwin bukunya. Tu yang sempat saya menulis di blog kalau tidak....

Pagi tadi terbaca di FB orang kongsi status ada ustaz popular cakap takde nas dalam quran kata perempuan wajib buat kerja rumah jadi isteri tak wajib buat kerja rumah. Status-status dan komen-komen yang kondem ustaz kononnya para isteri akan ambil kesempatan untuk bermalas-malasan. Ada yang tulis kalau macam tu dalam nas quran suruh wanita duduk dalam rumah tak boleh bekerja. Jadi pompuan tak boleh bekerjalah.

Saya rasa pernah dengar u.azhar idrus dalam ceramahnya sebut tentang tiada nas atau dalil quran yang mewajibkan isteri buat kerja rumah. Tapi pada akhir ayat ustaz kata cuma atas dasar simpati maka  isteri haruslah membantu suami meringakan tugas di rumah. 

Jadi kalau diorang maksudkan ustaz popular yang cakap itu ialah u.azhar, maka sebenarnya dia quote ayat sekerat saje dan buang sekerat lagi.

Sempat juga bersyarah dan berhujah dengan suami. Hakikatnya walaupun u.azhar cakap macam tu takde seorang isteri pun yang sayangkan suaminya sanggup membiarkan suami melakukan tugas memasak, menyidai kain, basuh berak anak, sapu sampah, basuh pinggan, ajar anak bersendirian. Pasti isteri akan membantu.

Masalahnya sekarang berapa ramai lelaki yang sanggup bantu isterinya yang telah meringkankan tugas dalam rumah tangganya dan berterima kasih pada isteri? Berapa ramai yang meletakkan beban rumah tangga atas bahu isteri atas alasan isteri tidak bekerja? Sedangkan ramai isteri yang bekerja masih tegar melakukan tugasan rumah di sebalik lelah dan rungutan kerana bimbang digelar derhaka.
Sebab itu u.azhar sebut bila isteri dah sanggup ambil tugas menjaga rumah maka suami perlu membantu mana yang boleh dan sayangi dia sebaiknya. 

Berkenaan komen minta wanita tidak keluar bekerja sebab ada nas quran suruh wanita berdiam di rumah, suka saya nak bertanya berapa ramai suami sekarang yang sanggup menyuruh isterinya berhenti kerja sekarang juga? Sebelum berkahwin lagi ada wanita yang sudah bekerja. Sejak zaman belajar lagi merantau jauh meninggalkan keluarga. Kalau betul tak nak bagi wanita Malaysia keluar bekerja jadi kena larang juga wanita dari keluar belajar. Dan sebaiknya buat sistem seperti di Arab Saudi wanita ke mana-mana saja ada mahram menemani. Pegi bank, beli barang, pergi belajar, pergi kerja (cikgu sekolah), pegi pasar suami atau mahram kena hantar memandangkan wanita tak dibenarkan memandu di sana.  Atau pun boleh pasang driver setiap rumah untuk amik dan hantar ke mana saja. Tapi lelaki di Malaysia sanggup ke buat sume tu? Tepuk dada tanya diri.

Kalau para lelaki nak tahu, isteri ni kalau hidupnya dapat goyang kaki alangkah indahnya. Tak perlu piki pasal duit sume ada depan mata walau tak banyak tapi mencukupi. Kerja rumah banyak mana pun kalau suami suka hulur hadiah dan duit senyum lebar sampai ke telinga. Marah-marah pun dia akan tetap sayang suami.

Berfikirlah banyak-banyak sebelum bercakap walaupun dikurniakan lebih akal berbanding wanita tapi itu bukan tanda lelaki lebih cerdik. Akal lebih banyak sebab lelaki tak beremosi over-over macam wanita, dan bukannya akal lebih sebab dia lebih tahu semua hal. Kalau dalam penemuan barat manusia ni ada IQ dan EQ. Kalau dulu ilmuan asyik tumpu pada IQ saje, bahagian EQ sering diabaikan. Tapi sekarang unsur EQ yang tinggi juga menjadikan manusia cerdik memilih mana yang baik mana yang buruk. Kalau setakat ikut logik dan IQ saja jadi robotlah manusia cakap ikut mantiq tapi tak boleh nak apply dalam kehidupan. Banyak pula cakapnya...



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...