Monday, 18 April 2016

اليوم الثاني إلى الروضة



Sangat bahagia bila tengok anak gembira. Ummi doakan lubna berjaya dunia dan akhirat inshaAllah.

Lubna xde pun saya tak buat tesis juga. Rasa mahu berehat dan bersenang-lenang sahaja. Teruk juga macam ni.

Pagi tadi mendapat berita rakan ketika di UIAM dulu meninggal:(. Sahar namanya. Baik dan comel orangnya. Suka dengan dia sebab kelakar. Saya hanya sempat kenal dengannya sekejap ketika master dulu dan sempatlah berkenalan sehinggalah masing2 bertemu semula di facebook. Allah yarhamuki sahar wa yardho anki...entis sabiqoh we ehna lahiqun..engkau pergi dulu dan kami akan menyusul...

Jadi apa persediaan kita untuk MATI?

Hamba Allah yang seceria dan secomel sahar sekejap sahaja Allah tarik. Takde penentu usia untuk mati. Kalau sudah ditulis di luh mahfuz tiada apa yang dapat merubah.

Hanya yang bisa berubah adalah diri kita sendiri. Berubah menjadi yang lebih baik dan disenangi manusia. Berubah untuk bekal ke akhirat. Berubah untuk tidak terlalu memikirkan dunia dari harta, pangkat, nama, gelaran, penghormatan, anak dan segala kebanggaan yang manusia suka kejar.

Sahar pergi tanpa meninggalkan pasangan dan anak. Kelihatan mudah walau mungkin saya tidak tahu kisah lain di sebaliknya. Tapi saya, andai saya pergi dulu akan meninggalkan anak dan suami tersayang. Harta yang sudah terlekat dalam hati. Hari-hari berfikir bagaimana mereka andai saya tiada? Hari-hari berfikir bagaimana keadaan saya, andai mereka pergi dulu meninggalkan saya? Bagaimana keadaannya bila emak dan ayah tiada? atau adik beradik dipanggil dahulu mengadap Ilahi?

Jawapannya adalah bertindak mempersiapkan diri dari sekarang.....

--------

Ayam masak singgang pedas...



Menu hari ni. Hirup kuahnya sedap betul. Kunyit hidup, lengkuas, serai, bunga kantan ramuan yang bagus untiuk rawatan dalaman badan. Masakannya sama macam masak lemak cili api ayam cuma yang ni tak bubuh santan.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...