Wednesday, 8 January 2014

2 kesedihan hari ni

Balik dari kelas tadi rasa lemah & sedih. Hari ni dapat result mid term subjek tarbiyyah muallimin. Ini yang saya dapat...

                   

Saya dapat C. Xtau camne boleh jadi gred C sedangkan xde markah bernombor pun yg tertulis atas kertas. xtaulah camne doktor arab ni cek. Kalau tgk pada komen doktor, jawapan saya xlengkap & perlukan kpd penelitian yg lebih mendalam. Xde ape yg sy harapkan lebih melainkan lulus dalam setiap subjek.

Pelajarannya tidak susah, yg susah adalah berhadapan dgn sikap pensyarah2 yg tak dapat dijangka & kadang-kadang menyinggungkan. Sedih. 

Dalam sedih teringat pergi kursus btn,  transformasi pegawai ke luar negara tahun lepas 2012. Sume yg hadir adalah yg akn mlanjutkan pngajian master/doktorate ke luar negara @ nk buat post-doc. Waktu tu rasa semangat bila fasi kt kamu semua adalah duta kecil malaysia. Tunjukkan adat budaya yg baik ketika berada di luar negara. Belajarlah bersungguh2 untuk kembali berbakti pd negara. Kamu sume cerdik, sebab tu universiti hantar kamu ke luar negara.

Maknanya, sy xboleh lemah semangat. Saya harus kuat walau pun sedih. Ya Allah bantulah hambaMu ini mengharungi kesusahan hidup di sini, kesusahan mengutip ilmu-ilmu di sini. Baru 4 bulan berada di sini, tapi banyak kali saya tumbang & tumbang...

Hakikatnya berada di bumi asing, belajar dalam kelas yg terdiri dari pelajar tempatan, menjadikan saya kelihatan & terasa sangat bodoh. Pasif & tidak banyak bercakap. Itulah karakter saya dalam semua kelas di sini. Nampak lebih tidak cerdik bila duduk di klgn pelajar2 arab yg suka bercakap. Terasa kerdil & terpinggir. Bertanya dlm hati, salwa apa kamu buat kt sini?! Pegi balik study kt malaysia pun xpe! Rasakan susahnya bergaul dgn org arab. Rasakan. Sape suruh study kt neg arab. Rasakan...& di bumi ini, hanya mampu menghirup segala yg pahit & bersandar pada kenangan yg manis...

Berita sedih kedua adalah jumlah bil elektrik kami antra 9 dis - 9 jan mcecah JOD182! Hampir seribu ringgit duit RM. Gara2 syita' kami banyak guna sobah. Tp xpelah, xdelah sesedih dpt result C. Alhamdulillah ala kulli hal, padan dgn sifat kemalasan saya & kesibukan melayan lubna. Mungkin ini yg selayaknya utk saya.

Bil letrik...

                 


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...