Friday, 10 January 2014

Semangat turun naik

Jam sudah menunjukkan angka 8.04am. Kelas dr.hamdan hari ni seperti biasa jam 9am. Tapi pagi ni rasa seperti berat mahu ke kelas. Rasa tidak sedap hati. Perut pun lapar. Masih bergelumang dengan selimut. Malas nak bersiap. Suami di dapur menyiapkan sarapan seadanya. Dia pun faham hari sabtu adalah hari kelabu saya. 

Hari-hari ke kelas dr.hamdan macam inilah keadaannya. Rasa seperti hendak berperang. Persediaan mental & fizikal yg kuat perlu ada sebelum masuk ke kelasnya. Saya xtau macam mn untuk menambah kembali motivasi. Bila semangat & motivasi jatuh. Segalanya jadi lemah.

Kadang-kadang bermesej dgn syikin di whatssap, berkongsi suka duka. Saling memberi smangat. Motivasi jadi baik sekejap. Perlunya ada rakan yg melalui saat getir bersama. Perjalanan harungi dugaan kata syikin. Dewa sungguh ayat syikin tu. Kui2.

Oklah, dah 8.11am. Perlu bersiap sekarang.

2 comments:

  1. Wa, semangat!!!kuat n sabar,yg pahit nila yg akan jadi manis nnt, smoga Allah bantu awa skeluarga kt sane, prmudahkn urusan n kuatkn awa sume utk tmpuh sgla ujian..ameenn ya Allah..smoga hasil phd awa nnt bmnfaat utk ummah, insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye inshaAllah...semoga terus tabah dan sabar

      Delete

شكرا على تعليقاتك

Almari berlaci..

Setelah membuat perbandingan harga dan saiz akhirnya beli di Ikea juga. Dua jenis rak jenis malm 160x78cm dan 80x123cm serta bak...